Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Redmi 9A Dan Redmi 9C Diumumkan, Harga Bermula RM359

Redmi 9A Dan Redmi 9C Diumumkan, Harga Bermula RM359

Diterbitkan Jun 30, 2020 · Dikemas kini Jun 30, 2020 oleh Amalina Athman

Xiaomi Malaysia hari ini mengumumkan pendaratan peranti terbaru iaitu Redmi 9A dan Redmi 9C dalam pasaran Malaysia. Kedua-dua peranti ini ditawarkan sebagai kelas permulaan dalam barisan keluarga Redmi.

harga redmi 9a

Seperti yang dikhabarkan sebelum ini, Redmi 9A hadir dengan paparan skrin 6.53 inci HD+. Ia dijana cip pemprosesan MediaTek Helio G25 dan digandingkan dengan RAM 2GB+32GB storan dalaman. Melengkapkan peranti ini adalah dengan tetapan kamera 13MP utama dan kamera swafoto 5MP. Ia didatangkan dengan tiga pilihan warna iaitu Gray, Peacock Green dan Sky Blue.

Redmi 9A Dan Redmi 9C Diumumkan, Harga Bermula RM359

Bagi Redmi 9C, ia dilengkapi paparan skrin 6.53 inci HD+ dengan sensor imbasan cap jari di skrin utama. Terdapat tiga pilihan warna yang ditawarkan iaitu Midnight Gray, Sunrise Orange dan Twilight Blue. Pada bahagian belakang peranti dimuatkan dengan tetapan tiga lensa dengan 13MP utama, 2MP makro dan 2MP depth, serta 5MP bagi kamera swafoto.

Menawarkan spesifikasi yang lebih tinggi, Redmi 9C dikuasakan cip pemproses MediaTek Helio G35 dengan RAM 2GB+32GB ruang simpanan. Kedua-dua peranti ini dimuatkan dengan kapasiti bateri 5000mAh dan menyokong pengecasan pantas 10W.

harga redmi 9a

Redmi 9A akan mula dijual pada 7 Julai ini melalui Lazada dan Shopee dengan harga RM319 (harga sebenar RM359). Bagi Redmi 9C, ia akan ditawarkan penghujung Julai ini pada harga RM429.

Beli produk Xiaomi dari:
Lazada (https://invol.co/clprkn)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY