
Ia hadir dengan rekaan berbentuk cengkerang serta 3 pilihan warna iaitu Nord Blue, White dan Gray. Menurut OnePlus, pengecasan penuh OnePlus Buds dan kerangka mampu bertahan sehingga 30 jam.
Dari segi audio, terdapat pemacu dinamik bersaiz 13.4mm dengan sokongan Dolby Atmos. Ia turut dimuatkan 3 mikrofon pada setiap pasang fon telinga dengan piawaian IPX4.
Untuk pengecasan, ia hadir dengan lubang pengecasan USB-C yang turut menyokong pengecasan pantas Warp Charge. Terdapat kawalan untuk menjawab panggilan, main dan hentikan muzik, serta mengaktifkan mod latensi lebih rendah melalui gestur sentuh.

OnePlus Buds secara rasmi ditawarkan pada harga RM399. Buat masa ini, hanya warna Nord Blue dan White yang tersedia. Jualan pertama fon telinga ini akan bermula pada 25 Ogos melalui Shopee (https://invol.co/clynsa).
Berkaitan
- OnePlus Nord Dijangka Akan Diperkenal 21 Julai Ini
- Google Daftar Generasi Baru Pixel Buds Pada Bluetooth SIG
- Pembangunan OnePlus 9 Dilaporkan Telah Bermula, Dijangka Hadir April Tahun Hadapan
- OnePlus Nord, Peranti Mampu Milik OnePlus Sah Akan Dilancar Pada Julai Ini
- OnePlus Nord Akan Hadir Untuk Pasaran Tempatan 18 Ogos Ini
- OnePlus 10T 5G Rasmi Dilancar, Hadir Dengan Cip Snapdragon 8+ Gen 1
- Beli realme X3 SuperZoom, Percuma realme Buds Air Bernilai RM299
- Siri OnePlus 8 Bakal Dilancar Pada 14 April Melalui Acara Dalam Talian
- OnePlus Nord Rasmi Dilancarkan Di Malaysia, Harga Bermula RM1799
- OnePlus 8 Pro Akan Hadir Dengan Sokongan Kalis Air IP68