HONOR 9S dilengkapi paparan 5.45 inci LCD dengan resolusi HD. Peranti ini dijana cip MediaTek Helio P22 dengan RAM 2GB dan 32GB storan dalaman. Ia turut menyokong slot kad micro-SD untuk penambahan storan sehingga 256GB.
Dari segi kamera, ia dimuatkan dengan tetapan dua kamera iaitu 8MP utama dan sensor mod panorama serta 5MP kamera swafoto. HONOR 9S menjalankan antaramuka Magic UI 3.1 yang berasaskan Android 10.
Antara ciri lain termasuk port pengecasan micro-USB, kapasiti bateri 3020mAh dan sebagainya. Peranti ini ditawarkan dengan tiga pilihan warna iaitu Black, Red dan Blue.
HONOR 9S diletakkan pada harga jualan RM359 dan akan tersedia bermula 28 September 2020. Pembelian boleh dilakukan melalui Hihonor, HONOR Experience Store (HES) dan pengedar rasmi HONOR termasuk Shopee dan Lazada.
Setiap pembelian HONOR 9S juga akan menerima HONOR Thermo Flask, 15GB Huawei Cloud Storage dan 10% baucar potongan harga Tien Tien Yogurt.
Berkaitan
- Huawei Sahkan Penjualan Honor Kepada Zhixin New Information Technology
- HONOR Tawar Potongan Harga Dan Pelbagai Hadiah Percuma Sehingga 31 Julai Ini
- HONOR MagicBook 14 Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM2,499
- HONOR MagicBook Sah Bakal Ditawarkan Di Malaysia
- HONOR Malaysia Sambut Ulangtahun Ke-6 Dengan Pelbagai Tawaran Menarik
- HONOR Tawar Potongan Harga Sehingga 63% Sempena Jualan Raya Merdeka
- Honor Magic 6 Pro Dilancarkan - Cip SD 8 Gen 3, Kamera Periskop 180MP
- HONOR Dedahkan Teknologi Dua Lapis Skrin OLED Pertama Dalam Industri
- HONOR 9A Dilancarkan, Jualan Bermula 26 Jun Ini
- HONOR 9A Akan Dilancarkan Pada 23 Jun Ini