Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
POCO X6 series_b

POCO X6, X6 Pro Dan M6 Pro Kini Rasmi, Harga Bermula RM999

Diterbitkan Januari 11, 2024 · Dikemas kini Januari 11, 2024 oleh Amalina Athman

POCO dalam acara global yang berlangsung hari ini memperkenalkan tiga peranti terbaharu, iaitu POCO X6, X6 Pro dan M6 Pro.

Berkaitan

  • POCO M6 Diperkenalkan Dengan Cip Dimensity 6100+

POCO X6 Pro

Poco X6 Pro_1

Menyentuh spesifikasi, POCO X6 Pro dilengkapi skrin berukuran 6.67-inci AMOLED bersama resolusi 1.5K, sokongan kadar segar semula adaptif 30-120Hz serta maksimum kecerahan 1,800 nit.

Poco X6 Pro_3

Peranti ini dijana cip pemproses Dimensity 8300-Ultra bersama gandingan memori sehingga 12GB RAM LPDDR5x dan storan sehingga 512GB berasaskan UFS 4.0.

Poco X6 Pro_2

Beralih ke bahagian kamera, POCO X6 Pro dilengkapi tiga kamera terdiri daripada 64MP utama dengan sokongan OIS, 8MP ultra lebar dan makro.

Peranti ini diisi dengan kapasiti bateri 5,000mAh bersama sokongan pengecasan pantas 67W.

Poco X6 Pro_7

Antara lainnya, ia menjalankan Xiaomi HyperOS, sokongan dua pembesar, Dolby Atmos dan sebagainya. Terdapat tiga pilihan warna yang tersedia iaitu Black, Grey dan Yellow.

POCO X6

POCO X6_1

Sama seperti versi Pro, POCO X6 hadir dengan skrin AMOLED bersama resolusi 1.5K, kadar segar semula 120Hz serta maksimum kecerahan 1,800 nit. Kameranya juga mempunyai tetapan tiga lensa dengan 64MP utama yang menyokong OIS.

Menguasakan peranti adalah cip pemproses Snapdragon 7s Gen2 yang digandingkan bersama memori sehingga 12GB RAM dan 512GB storan.

POCO X6_2

Bateri pada peranti ini lebih besar dengan kapasiti 5,100mAh yang menyokong pengecasan 67W. Tiga pilihan warna tersedia iaitu Black, Blue dan White.

POCO M6 Pro

POCO X6, X6 Pro Dan M6 Pro Kini Rasmi, Harga Bermula RM999

Selain siri X6, POCO turut melancarkan POCO M6 Pro. Peranti ini dibina dengan skrin berukuran 6.67-inci AMOLED, resolusi FHD+ serta kadar segar semula 120Hz dan mempunyai perlindungan Gorilla Glass 5.

POCO M6 Pro dijana cip Helio G99-Ultra serta menawarkan sokongan memori sehingga 12GB RAM dan 512GB storan. Ia menjalankan Android 13 berasaskan MIUI 14 (akan dinaik taraf kepada HyperOS).

Di bahagian belakang peranti, ia dimuatkan tetapan tiga kamera dengan 64MP utama, 8MP ultra lebar dan 2MP makro. Kamera utama turut didatangkan dengan sokongan OIS.

POCO X6, X6 Pro Dan M6 Pro Kini Rasmi, Harga Bermula RM999

Pada bahagian dalam, M6 Pro diisi dengan bateri sebesar 5,000mAh yang juga menyokong pengecasan 67W melalui port USB-C. Peranti ini turut menyokong penarafan IP54, dua pembesar suara, IR Blaster dan NFC.

M6 Pro_a

Terdapat tiga pilihan warna yang ditawarkan iaitu Black, Blue dan Purple.

Harga

POCO X6, X6 Pro Dan M6 Pro Kini Rasmi, Harga Bermula RM999

Berikut merupakan senarai harga promosi yang tersedia bagi ketiga-tiga model:

POCO X6 Pro

  • 8GB + 256GB – ̶R̶M̶1̶4̶9̶9̶ RM1,259
  • 12GB + 512GB – ̶R̶M̶1̶6̶9̶9̶ RM1,449

POCO X6

  • 8GB + 256GB – ̶R̶M̶1̶1̶9̶9̶ RM1,058
  • 12GB + 256GB – ̶R̶M̶1̶2̶9̶9̶ RM1,158
  • 12GB + 512GB – ̶R̶M̶1̶4̶9̶9̶ RM1,358

POCO M6 Pro

  • 8GB + 256GB – ̶R̶M̶9̶9̶9̶ RM811
  • 12GB + 512GB – ̶R̶M̶1̶1̶9̶9̶ RM1,005

Untuk dapatkan ketiga-tiga peranti ini, layari kedai rasmi POCO di Lazada atau Shopee.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tandas Pintar 'BMW-i' Pertama Malaysia Diperkenalkan Di Putrajaya - Bakal Diperluas Ke Ibu Negeri Lain
  • Golongan Muda Catat 65.9 Juta Transaksi BNPL Bernilai RM5.4 Bilion Pada Separuh Pertama 2026
  • Pekerja OpenAI Ditahan, Didakwa Pasang Alat Rakaman Tersembunyi Di Pejabat
  • 'Cacing' AI Boleh Merebak Menerusi Peranti Pintar - Anthropic
  • Google Kini Benarkan Pengguna Biasa Lancarkan Aplikasi 'Vibe-Coded' Secara Peribadi Di Play Store - Tersedia Di Pasaran Terpilih
  • Facebook Perkenal 'Your Algorithm' - Pengguna Kini Boleh Sesuaikan Cadangan Kandungan Feed, Reels
  • Apple Perkenal Rangkaian Aksesori Rumah Pintar Baharu - Apple Home Collection
  • HomePod mini 2 Rasmi, Hadir Dengan Siri AI Dan Lampu Mengikut Muzik
©2026 WISER.MY