Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme narzo 50i Prime

Dengan Harga RM369, Anda Boleh Miliki Telefon Baharu realme

Diterbitkan Ogos 2, 2022 oleh Amalina Athman

realme hari ini telah melancarkan ahli baru dalam keluarga narzo iaitu realme narzo 50i Prime untuk pasaran Malaysia.

Didatangkan dengan binaan 8.5mm, narzo 50i Prime dilengkapi saiz skrin 6.5 inci dengan nisbah 87% serta kadar segar semula 120Hz. Untuk bahagian kamera, ia dimuatkan lensa 8MP f/2.0 dengan 4X zoom digital.

narzo 50i prime

Bagi jangka hayat pula, ia dikuasakan bateri sebesar 5000mAh. realme narzo 50i Prime hadir dengan dua varian memori iaitu 3GB+32GB dan 4GB+64GB bersama cip pemprosesan Unisoc T612. Terdapat dua pilihan warna iaitu Mint Green dan Dark Blue.

narzo 50i Prime ditawarkan dengan RM429 bagi 3GB+32GB. Manakala varian 4GB+64GB berharga RM499. Walaupun begitu, ia boleh didapati dengan harga lebih murah iaitu RM369 dan RM429 bersempena jualan hari pertama yang berlangsung 8 Ogos nanti.

Sumber: Siaran akhbar realme

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY