Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MacBook Air M3 2024

MacBook Air M3 Kini Tersedia Di Malaysia, Harga Bermula RM5,199

Diterbitkan April 3, 2024 · Dikemas kini April 3, 2024 oleh Amalina Athman

Apple pada bulan lalu telah mengumumkan dua model MacBook Air dengan cip M3, iaitu 13-inci dan 15-inci. Kini, Apple secara rasmi membawa masuk kedua-dua model berkenaan untuk pasaran tempatan.

Berkaitan

  • Bajet RM700 Pun, Telefon Ini Mampu Puaskan Nafsu 'Gaming' Anda
  • MacBook Air Kini Dengan Cip M3, 18 Jam Bateri, Sokong Dua Paparan
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Nak Telefon Sedap Pegang Dan 'Power'? Ini Yang Anda Cari

Secara ringkas, kedua-dua model MacBook Air dilengkapi paparan Liquid Retina dengan kecerahan sehingga 500 nit. Kedua-duanya juga hadir dengan sokongan dua paparan tambahan (external display) sekiranya skrin ditutup atau dipanggil mod clamshell.

MacBook Air M3_1

Antara lainnya termasuk ketahanan bateri sehingga 18 jam, sambungan Wi-Fi 6E, pengecas MagSafe, 2x Thunderbolt, bicu audio 3.5mm serta pembesar suara yang menyokong audio Dolby Atmos. Empat pilihan warna tersedia iaitu Midnight, Starlight, Space Gray dan Silver.

MacBook Air 13 inci M3_1

Di Malaysia, MacBook Air 13-inci dijual pada harga bermula RM5,199 atau RM216.63/bulan jika dibeli secara ansuran selama 24 bulan melalui kad kredit tanpa faedah 0%.

MacBook Air 15 inci M3_1

Sementara MacBook Air 15-inci diletakkan harga bermula RM6,199 atau RM258.29/bulan untuk tempoh ansuran 24 bulan. Untuk maklumat lanjut, layari laman web Apple.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Perkenal Rangkaian Aksesori Rumah Pintar Baharu - Apple Home Collection
  • HomePod mini 2 Rasmi, Hadir Dengan Siri AI Dan Lampu Mengikut Muzik
  • Apple Lancar Apple TV 4K Baharu Dengan Cip A19 Dan Siri AI
  • Apple HomeView Kini Rasmi - Skrin Pintar 7-Inci, Dikuasakan Apple Intelligence Dengan Siri AI
  • Senarai Penuh Peranti OPPO, OnePlus Dan realme Yang Dijadual Terima Kemas Kini ColorOS 17
  • OPPO Kerjasama Dengan Manus, Bawakan Keupayaan AI Berasaskan Ejen Ke Telefon Pintar
  • TNB Sedang Teroka Potensi Tenaga Angin Di Sabah
  • MR D.I.Y. Perkenal 13 Perkakas Rumah Baharu, Harga Bermula RM27.90
©2026 WISER.MY