Samsung Galaxy S20 FE kini dilancarkan secara rasmi di Malaysia setelah pra tempahan dibuka sejak dua minggu lalu.
Mengimbas kembali spesifikasi, ia dimuatkan dengan skrin paparan 6.5 inci Super AMOLED, resolusi Full HD+, cip Snapdragon 865, RAM 8GB dan 256GB storan serta panel 120Hz.
Selain itu, peranti ini turut mempunyai sokongan pengecasan pantas 25W, bateri 4500mAh, rangkaian 5G serta penarafan IP68.
Dari segi kamera, ia dilengkapi tetapan tiga kamera yang terdiri daripada 12MP utama, 12MP sudut lebar, 8MP telefoto serta kamera swafoto dengan sensor 32MP.
Galaxy S20 FE ditawarkan dengan 5 pilihan warna iaitu Cloud Navy, Cloud Lavender, Cloud Mint, Cloud Orange dan Cloud White. Untuk pasaran tempatan, Galaxy S20 FE diletakkan pada harga RM3,399 dan boleh dibeli bermula hari ini, 9 Oktober 2020.