Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MacBook Pro Dengan Cip M3 Akan Terima Sokongan Dua Paparan

MacBook Pro Dengan Cip M3 Akan Terima Sokongan Dua Paparan

Diterbitkan Mac 5, 2024 oleh Amalina Athman

Apple hari ini telah memperkenalkan MacBook Air dengan cip M3. Ia hadir bersama sokongan dua paparan tambahan (external display) sekiranya skrin ditutup atau dipanggil sebagai mod clamshell, iaitu satu ciri yang tidak tersedia untuk MacBook Pro dengan cip M3 sama.

Terbaharu, Apple melalui 9to5Mac mengesahkan MacBook Pro 14-inci yang dilancarkan pada Oktober tahun lalu akan menerima sokongan dua paparan tambahan melalui kemas kini perisian dalam masa terdekat.

Ciri ini akan mempunyai fungsi yang sama seperti yang ditawarkan untuk MacBook Air baharu.

Berkaitan

  • Harga MacBook Pro Kini Cecah Lebih RM30 Ribu
  • MacBook Air Kini Dengan Cip M3, 18 Jam Bateri, Sokong Dua Paparan

Untuk rekod, MacBook Air‌ dan MacBook Pro dengan cip M3 menawarkan sokongan untuk satu paparan luaran dengan resolusi sehingga 6K pada 60Hz apabila skrin dibuka. Dengan kemas kini untuk MacBook Pro kelak, kedua-duanya boleh menghidupkan dua paparan 5K sehingga 60Hz.

Model MacBook Pro dengan cip M3 Pro dan M3 Max yang lebih berkuasa sudah pun mempunyai keupayaan sokongan berbilang paparan. Lanjutan itu, perubahan ini hanya terpakai pada MacBook Pro 14-inci yang mempunyai cip M3.

Sumber: MacRumors

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
  • 5 Perkara Tentang "Grand Theft Auto VI" Yang Sudah Diketahui Setakat Ini
  • Percuma GTA VI Apabila Anda Beli Konsol PS5 Dengan Pelan CelcomDigi One
  • ASUS Lancar Zenbook 14, Vivobook S14 Dan S16 Baharu, Harga Bermula RM4,299
  • BIMB Mobile Ada Isu Keserasian Dengan Android 17 - Pengguna Diminta Tangguh Kemas Kini
  • OpenAI Perkenal GPT-6 Cyber - Diklasifikasikan Pada Tahap 'Kritikal' Dalam Keselamatan Siber
  • Pusat Data Baharu Microsoft Di Johor Bakal Guna Sistem Penyejukan Jimat Air
©2026 WISER.MY