Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Acer Nitro V 16, Komputer Riba ‘Gaming’ Mampu Milik Tiba Di Malaysia

Acer Nitro V 16, Komputer Riba ‘Gaming’ Mampu Milik Tiba Di Malaysia

Diterbitkan Mei 3, 2024 · Dikemas kini Mei 3, 2024 oleh ariff bukhari

Acer Malaysia memperkenalkan komputer riba gaming mampu milik Acer Nitro V 16 terbaru yang kini dikuasakan cip pemproses AMD Ryzen siri 8000, lengkap dengan teknologi Ryzen AI dan NVIDIA DLSS 3.5 untuk prestasi dan hayat bateri.

Acer Nitro V 16, Komputer Riba ‘Gaming’ Mampu Milik Tiba Di Malaysia
Acer Nitro V 16 menggabung kuasa cip pemproses AMD Ryzen 7 8845HS dengan NVIDIA GeForce RTX 4050 yang dipadankan dengan storan SSD 512GB dan RAM DDR5 16GB.

Sebagai sebuah komputer riba gaming, Nitro V 16 dilengkapi skrin nisbah aspek lebar 16:10 WUXGA bersaiz 16 inci dengan kadar segar 165Hz dan masa tindak balas secepat 3 ms yang mengurangkan kesan berbayang.

Untuk pengalaman bunyi pula, Nitro V 16 menawarkan pengalaman audio terbaik melalui pembesar suara yang diperbaik dengan teknologi DTS:X® Ultra Audio.

Acer Nitro V 16, Komputer Riba ‘Gaming’ Mampu Milik Tiba Di Malaysia
Para gamer boleh memantau prestasi dan suhu peranti ini dengan mudah melalui aplikasi utiliti NitroSense dengan menekan butang khusus NitroSense.

Tersedia dengan segera di eKedai Acer, kedai rasmi Acer di dalam Shopee dan Lazada dan penjual rasmi Acer di seluruh negara, komputer riba gaming Acer Nitro V 16 dijual dengan harga rasmi RM4,899.

Untuk meraikan pelancaran Nitro V 16, para pelanggan yang membeli peranti ini sebelum 16 Mei 2024, layak menerima hadiah yang berharga sehingga RM438 secara percuma.

Acer Nitro V 16, Komputer Riba ‘Gaming’ Mampu Milik Tiba Di Malaysia

Beli barisan komputer riba terkini Acer dari stor rasmi di:

  • Shopee – https://invl.io/cll2lpt
  • Lazada – https://invol.co/cll2lq0

Berkaitan

  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Nak Telefon Sedap Pegang Dan 'Power'? Ini Yang Anda Cari
  • Budak-Budak Pun Boleh Buat, 4 Tips Ambil Gambar Makanan Supaya Nampak Lebih Menggiurkan
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen

Sumber: Siaran media Acer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY