Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Galaxy S24

9 Telefon Pintar Samsung Galaxy Ini Terawal Dapat One UI 6.1 Dengan Ciri AI

Diterbitkan Mac 27, 2024 ยท Dikemas kini Mac 27, 2024 oleh ariff bukhari

Berita baik kepada pengguna telefon pintar Samsung Galaxy kerana kemas kini One UI 6.1 yang membawa pelbagai ciri baru menarik khususnya teknologi AI akan dilepaskan tidak lama lagi.

One UI 6.1 yang berasaskan Android 14, bukan sekadar kemas kini perisian biasa.

Ia memperkenalkan era baharu fungsi pintar yang dikuasakan kecerdasan buatan Galaxy AI Samsung. Antara ciri-ciri utama yang akan diterima adalah:

  • Chat Assist (dikuasakan oleh AI dan LLM): Buat mesej yang sepadan dengan sempurna dengan nada dan konteks perbualan anda. Nikmati ciri seperti terjemahan mesej masa nyata dalam 13 bahasa dan semakan tatabahasa dan ejaan berkuasa AI.
  • Live Translate: Bahasa berbeza bukan lagi halangan dengan ciri terjemahan suara dan teks langsung semasa panggilan telefon.
  • Interpreter: Terlibat dalam perbualan spontan dengan sesiapa sahaja, di mana-mana sahaja. Antara muka skrin terbahagi akan menterjemah perbualan dalam masa nyata, menjadikan perjalanan dan perbualan di pelbagai negara lebih mudah.
  • Auto Summary: Hasilkan ringkasan untuk nota, artikel web dan juga rakaman suara menggunakan Model Bahasa Raya (LLM) Google.
  • Transcript Assist: Transkripsikan rakaman dengan mudah dan hasilkan ringkasan untuk semakan dengan cekap dan pantas.

Selain itu juga, ciri utama lain termasuklah ciri Circle to Search yang diperkenalkan Google pada Januari lalu turut akan dimuatkan dalam One UI 6.1 serta kualiti paparan yang dipertingkat dengan Vision Booster.

One UI 6.1 ini akan ditawarkan lebih dahulu kepada pengguna siri Samsung Galaxy S23, S23 FE, Galaxy Z Flip 5, Galaxy Z Fold 5 dan siri Galaxy Tab S9.

Selain itu, laporan media luar turut mencadangkan siri Galaxy S23, Z Fold 5 dan Z Flip 5 akan menerima penuh ciri AI yang dinikmati oleh siri Galaxy S24.

Kemas kini One UI 6.1 yang dinanti-nantikan pengguna telefon pintar Galaxy secara rasmi dijadual akan dilancarkan pada 28 Mac ini secara berperingkat di seluruh dunia.

Berkaitan

  • Tak Perlu Tunggu Lama, Telefon Ni Mampu Dicas Penuh 10 Minit Sahaja
  • Siri Redmi Note 13, Ciri 'Flagship' Kini Ada Pada 'Midrange'
  • Bajet RM700 Pun, Telefon Ini Mampu Puaskan Nafsu 'Gaming' Anda
  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Nak Telefon Sedap Pegang Dan 'Power'? Ini Yang Anda Cari

Sumber: Sammy Fans

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY