Menampilkan spesifikasi menarik untuk bersaing dengan model-model lain, mari kita lihat senarai 8 telefon pintar yang akan dilancarkan rasmi bulan ini.
1. LG V40 ThinQ (3 Oktober)
Ketika artikel ini ditulis, ia sudahpun dilancarkan secara rasmi. Berikut adalah spesifikasi yang dibawakan oleh peranti ini.
https://www.youtube.com/watch?v=VKpxErzOi34
- Tiga kamera belakang dan dua kamera selfie
- Snapdragon 845
- RAM 6GB
- Storan sebesar 64GB atau 128GB
- Skrin 6.4 inci OLED
2. Nokia 7.1 (4 Oktober) - *Khabar Angin
Menurut Android Authority, jemputan untuk satu acara telah dikeluarkan oleh pihak HMD Global namun masih belum jelas apa yang akan ditampilkan.
Ura-ura menyatakan Nokia 7.1 bakal dilancarkan lewat malam ini waktu Malaysia. Bakal membawakan sistem operasi Android One, ia merupakan model yang dinaik taraf daripada Nokia 7, sebuah peranti kelas pertengahan yang dilancarkan tahun lalu.
3. Google Pixel 3 dan Pixel 3 XL (9 Oktober)
Antara model yang paling ditunggu-tunggu ramai adalah telefon pintar keluaran Google.
Beberapa siri bocoran imej telah tersebar di internet tetapi ia masih meragukan ramai pihak.
Bakal menemani pelancaran dua model ini adalah, skrin paparan pintar, dan juga komputer 2-dalam-1, Chromebook.
4. Razer Phone 2 ( 10 Oktober)
Ramai pihak terkejut dengan pengumuman Razer tahun lalu yang mana mereka mahu memasuki pasaran telefon pintar.
Apa tidaknya, sebuah nama yang cukup terkenal dengan perkakasan gaming mahu menawarkan telefon pintar pula. Berdasarkan khabar angin yang bertiup, model kali ini ditambah baik sedikit berbanding model terdahulu.
Mungkin ada yang berpendapat tidak berbaloi untuk mendapatkannya, mari sama-sama kita nantikan pelancaran Razer Phone 2.
5. Samsung Galaxy A (11 Oktober)
Pelancaran global, Samsung Unpacked 2018 telah dijadualkan berlangsung pada 11 Oktober ini bertempat di ibu negara, Kuala Lumpur.
Dikhabarkan bakal mengenakan tetapan 3 kamera untuk bahagian belakang, Samsung Galaxy A7 2018 mungkin mendapat sambutan ramai kerana ia adalah peranti kelas pertengahan. Sama-sama kita tunggu pelancarannya, harga sedap boleh sambar.
6. Xiaomi Mi Mix 3 (15 Oktober) *Khabar angin
Berdasarkan perkhabaran terbaru, Mi Mix 3 dikatakan bakal dilancarkan pada 15 Oktober depan.
Rekaan model ini pertama kali didedahkan sendiri oleh Presiden Xiaomi, pada hujung Ogos yang lalu. Menurutinya adalah video yang memperlihatkan skrin paparan yang boleh disorong tarik untuk menyembunyikan kamera selfie.
7. Huawei Mate 20 dan Huawei Mate 20 Pro (16 Oktober)
Merupakan peranti pertama yang akan dipasang dengan cip pemprosesan terbaru, Kirin 980.
Cip ini dibina berasaskan teknologi 7nm, dan apabila dilancarkan nanti, Huawei Mate 20 dan Mate 20 Pro dilihat berpotensi menjadi peranti Android terulung kerana lain-lain model masih menggunakan cip dengan binaan 10nm.
8. OnePlus 6T (17 Oktober) *Khabar angin
Masih belum dapat dipastikan tarikh OnePlus 6T dilancarkan tetapi desas-desus mengatakan ia bakal berlangsung lebih kurang dua minggu lagi.
Cukup terkenal dengan jolokan flagship killer (walaupun macam dah tak berapa nak kill), OnePlus bakal menampilkan model 6T yang dikatakan mempunyai pengimbas cap jari dalam skrin.
Namun, ada juga yang menyatakan ia mungkin tidak hadir dengan bicu audio.
Sumber: Android Authority
Berkaitan
- Asus ROG Phone Kini Rasmi Di Malaysia - Dijual Pada Harga RM3499
- Digi Juara Internet 2022, Anda Boleh Dapat Internet Percuma Dan Baucar Petrol
- Selepas Pixel, Android Q Akan Datang Lebih Awal Kepada Beberapa Model Huawei Dan HONOR
- vivo X70 Pro Raih Skor 131 DxOMark, Tangga Pertama Dalam Carta Bagi Kategori Premium
- TM Ulangi Komitmen Tangani Isu Streamyx
- Samsung Galaxy S20 Mungkin Dilancarkan 11 Februari Ini
- #MWC2019 - Energizer Umum Telefon Pintar Lipat Dengan Sokongan 5G
- (Video) Apple Ajar Cara Ambil Gambar Guna Ciri "Potrait Lighting" Pada iPhone 8 Plus
- Redmi 9T Akan Dilancarkan Pada 8 Januari Ini
- #MWC2019 - Huawei Mate X, Peranti Boleh Lipat Dengan Teknologi 5G Dan Pengecasan Sehingga 55W