(Video) Mi Mix 3 Dilengkapi Dengan Skrin Menggelungsur Untuk Sembunyikan Kamera Selfie

Ura-ura mengenai Xiaomi mengikut jejak langkah Vivo NEX dan OPPO Find X telahpun bermula sejak awal Julai yang lepas. Ketika itu, Mi Mix dikhabarkan akan memperagakan kamera terjojol menyamai Vivo NEX.

Perkara itu terus berlarutan sehinggalah presiden Xiaomi sendiri mendedahkan rupa bentuk peranti itu pada penghujung bulan lepas.



Sebelum ini, hanya imej sahaja yang tersebar dan terbaru, giliran video memperlihatkan cara skrin paparan berfungsi.

https://www.youtube.com/watch?time_continue=10&v=n7qlLOyXAoQ

Ia mirip seperti imej yang dimuat naik oleh Presiden Xiaomi tetapi kesahihan video ini masih belum dapat dipastikan lagi.

Sumber: GSM Arena