LG V40 ThinQ Dengan Lima Kamera Kini Rasmi, Hadir Dengan Sijil IP68

LG mungkin sebuah nama yang gah dalam industri peralatan rumah seperti peti sejuk, televisyen dan sebagainya. Namun, jenama ini nampak kurang mendapat sambutan daripada industri telefon pintar terutamanya bagi pasaran Asia. Bagaimanapun, LG terus membangunkan peranti-peranti berkualiti untuk menambat hati pengguna.

Terbaru, LG telah memperkenalkan secara rasmi model V40 ThinQ mereka. Perkara utama mengenainya pastilah kehadiran lima lensa kameranya iaitu tiga kamera utama dan dua kamera hadapan.

Kredit : 9to5google


Kamera utama peranti berkenaan dilengkapi oleh 12MP f/1.5(lensa utama), 16MP f/1.9(super-wide-angle) dan 12MP f/2.4(telefoto/potrait). Berbeza dengan peranti tri-kamera utama yang lain, setiap lensa pada pada peranti akan bertindak sebagai tiga kamera berbeza, membolehkan tiga gambar berlainan ditangkap.

Manakala bagi kamera swafoto pula, ia akan hadir dengan gabungan lensa 8MP dan 5MP sudut luas bagi membolehkan swafoto dilakukan bersama dengan lebih ramai rakan-rakan.

Spesifikasi lain bagi peranti ini ialah penggunaan cip pemprosesan berkuasa tinggi Snapdragon 845, bateri berkapasiti 3,300mAh, 6GB RAM serta pensijilan IP68 sekaligus menjadikannya sebuah peranti kalis air dan habuk.

Kredit : TheVerge


Agak mengecewakan apabila LG V40 ThinQ ini masih menggunakan sistem operasi lama, Android 8.1 Oreo. Malah, LG juga menolak untuk memberi jangkaan waktu untuk V40 dan G7 menerima kemaskini Android 9 Pie.

LG V40 ThinQ ini dijual pada harga sekitar $900 di Amerika Syarikat dan LG Malaysia masih belum dapat mengesahkan tarikh ketibaan model ini di Malaysia ketika dihubungi oleh pihak kami.

 

Sumber : 9to5google