Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
EV Charger

6,416 Unit Pengecas Awam EV Telah Dipasang Di Seluruh Negara Setakat Mei 2026

Diterbitkan Julai 13, 2026 ยท Dikemas kini Julai 13, 2026 oleh Amalina Athman

Sebanyak 6,416 unit pengecas awam bagi kenderaan elektrik (EV) telah dipasang di seluruh negara setakat 31 Mei 2026.

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman rasmi Parlimen memaklumkan daripada jumlah itu, sebanyak 2,143 unit ialan pengecas pantas arus terus (DC), manakala 4,273 unit ialah pengecas arus ulang alik (AC).

Bagi menangani cabaran kekurangan pengecas, kementerian itu berkata kerajaan telah mengenal pasti isu-isu yang timbul serta telah menyusun dan melaksanakan langkah-langkah bagi meningkatkan bilangannya di seluruh negara.

“Dalam hal ini, pendekatan Whole-Dalam hal ini, pendekatan Whole-of-Government terus diperkukuh melalui pelaksanaan Garis Panduan Perancangan Petak Pengecas EV (GPP EVCB) oleh PLANMalaysia yang mempercepatkan kelulusan sehingga 14 hari bekerja, serta libat urus berterusan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Suruhanjaya Tenaga (ST), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Charging Point Operator (CPO), Persatuan Industri Pengecas EV (PIPEV) dan Malaysia Zero Emission Vehicle Association (MyZEVA),” kata MITI dalam jawapan bertulis bertarikh 8 Julai 2026.

Dalam pada itu, MITI menyatakan kerajaan juga memberi tumpuan kepada pengukuhan rantaian nilai tempatan melalui kerjasama strategik antara syarikat tempatan, syarikat pengeluar kenderaan (OEM) dan pembekal teknologi global bagi mempercepat pemindahan teknologi serta meningkatkan pengeluaran komponen bernilai tinggi seperti bateri, motor pacuan elektrik dan sistem Advanced Driver Assistance Systems (ADAS).

Menurutnya, melalui Projek EV Nasional yang diterajui oleh PERODUA di bawah NIMP 2030, sebanyak 62 syarikat pembekal tempatan serta lebih 300 jurutera dan pakar automotif tempatan telah dilibatkan dalam pembangunan EV nasional.

Pada masa yang sama, projek EV PROTON turut menyasarkan penyertaan 40 syarikat tempatan dalam rantaian bekalannya.

Inisiatif-inisiatif ini dijangka memperkukuh keupayaan vendor tempatan dalam pembuatan komponen EV, mempercepat pemindahan teknologi serta melibatkan syarikat Malaysia dalam rantaian bekalan EV di global.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Selangor Sasar 4,000 Pengecas EV Menjelang 2030, Bakal Perkenal Bas Hidrogen Seawal Hujung 2026
  • KLIA Terminal 2 Bakal Tempatkan Stesen Pengecas EV Ultra Pantas Pertama Di Lapangan Terbang Malaysia
  • Selesaikan Isu Pemandu Kondo, Proton e.MAS Sedia 1,500 Pengecas EV Pada Kadar RM0.63/kWh

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • CelcomDigi Meterai Kerjasama 15 Tahun, Bakal Sediakan Sambungan Gentian Optik Di Kulim Hi-Tech Park
  • OpenAI Akan Satukan Had Penggunaan ChatGPT Dan Codex Mulai Disember
  • Maklumat Pelanggan Mungkin Terjejas Susulan Insiden Siber Amadeus - Malaysia Airlines
  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
  • Sarawak Energy Lancar 'Seri Batang Ai' - Bot Elektrik Pertamanya Dengan Panel Solar
  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
©2026 WISER.MY