Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
37 Juruteknik PRO-NET Kini Bertauliah Tahap 2

PRO-NET Iktiraf Kumpulan Pertama 37 Juruteknik e.MAS Dengan Pensijilan Tahap 2

Diterbitkan Ogos 11, 2026 · Dikemas kini Ogos 11, 2026 oleh Amalina Athman

PRO-NET hari ini mengiktiraf kumpulan pertama seramai 37 juruteknik Proton e.MAS Bertauliah Tahap 2 (L2) melalui kerjasama dengan TVETMARA.

Kesemua juruteknik yang berjaya menamatkan program latihan serta penilaian teknikal yang ditetapkan itu mewakili 25 pusat pengedar Proton e.MAS di seluruh negara.

Bagi memperoleh pensijilan Tahap 2, PRO-NET memaklumkan peserta perlu melengkapkan tujuh modul latihan yang merangkumi kemahiran berkaitan EV, termasuk latihan sistem voltan tinggi (HV), sebelum menjalani penilaian bagi mengesahkan pengetahuan dan kemahiran praktikal masing-masing.

Pensijilan ini hadir ketika jumlah kenderaan Proton e.MAS di jalan raya Malaysia telah melebihi 30,000 unit setakat Julai 2026. Seiring pertambahan jumlah EV, kepakaran teknikal turut diperlukan bagi menyokong perkhidmatan selepas jualan kepada pemilik.

Ketika ini, PRO-NET mempunyai 58 pusat pengedar, 45 pusat servis serta 10 pusat Body & Paint di seluruh negara. Rangkaian tersebut menjadi sebahagian daripada sokongan selepas jualan untuk pelanggan Proton e.MAS.

Dalam pada itu, PRO-NET merancang untuk meneruskan program pensijilan ini setiap tahun bagi juruteknik Tahap 2 (L2), Tahap 3 (L3) dan Tahap 4 (L4).

Selain pembangunan tenaga kerja, PRO-NET turut membangunkan keupayaan pengeluaran EV tempatan di Loji EV PROTON di Automotive High Tech Valley (AHTV), Tanjong Malim, yang kini melibatkan 391 pekerja.

Berkaitan

  • Proton e.MAS Dominasi Pasaran NEV Tempatan – Rekod 321% Pertumbuhan Bantu Proton Catat Prestasi Terbaik Dalam 15 Tahun
  • Ini Sebab Mengapa OPPO Reno16 Pro Peranti Terbaik Untuk Kaki Vlog
  • Proton e.MAS 7 PHEV CKD Kini Dipasang Di Tanjong Malim
  • Proton e.MAS Catat Lebih 30,000 Pendaftaran Dalam Tempoh 20 Bulan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY