Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Proton e.Mas 7 PHEV CKD

Proton e.MAS 7 PHEV CKD Kini Dipasang Di Tanjong Malim

Diterbitkan Julai 31, 2026 · Dikemas kini Julai 31, 2026 oleh Amalina Athman

PROTON menerusi anak syarikatnya, PRO-NET, kini memulakan pengeluaran bagi Proton e.MAS 7 PHEV pemasangan tempatan (CKD) di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High Tech Valley (AHTV), Tanjong Malim.

Langkah ini menjadi satu lagi pencapaian dalam usaha syarikat memperkukuh pembangunan industri kenderaan elektrik (xEV) tempatan, selain menyokong hasrat Malaysia untuk menjadi hab pembuatan xEV di rantau ini.

Menurut PRO-NET, Proton e.MAS 7 PHEV kini merupakan model hibrid plug-in (PHEV) paling laris di Malaysia, dengan jumlah pendaftaran setakat ini mencecah 4,500 unit, manakala tempahan keseluruhan telah melangkaui 11,000 unit.

Proton e.Mas 7 PHEV CKD_01

Bagi model CKD ini, sekitar 30% komponen diperoleh daripada pembekal tempatan. PRO-NET berkata langkah tersebut akan membantu mengembangkan rantaian bekalan automotif tempatan, meningkatkan keupayaan pembuatan serta membuka lebih banyak peluang pekerjaan berkemahiran tinggi di kilang EV yang kini mempunyai 391 kakitangan.

Dengan ketiga-tiga model Proton e.MAS bersama semua variannya kini dipasang secara tempatan, ia turut dilihat sebagai satu langkah penting untuk meningkatkan tahap lokalisasi komponen dan menarik lebih banyak pelaburan dalam sektor pembuatan automotif di AHTV.

Seiring dengan pengeluaran model CKD ini, PRO-NET turut memperkenalkan beberapa ciri terkini pada varian Proton e.MAS 7 PHEV Premium dan Premium Plus. Antara perubahan baharu ialah penambahan ciri kerusi urut di bahagian hadapan bagi meningkatkan keselesaan pemandu dan penumpang.

Proton e.MAS 7 PHEV CKD Kini Dipasang Di Tanjong Malim

Secara ringkas, Proton e.MAS 7 PHEV menggunakan sistem EM-i Advanced Hybrid yang menggabungkan enjin petrol dan motor elektrik. Model ini menawarkan penggunaan bahan api serendah 4.3L/100km, jarak pemanduan elektrik sepenuhnya sehingga 170 kilometer serta jarak perjalanan gabungan sehingga 1,065 kilometer. Ia turut dilengkapi pengecasan pantas DC, ciri teknologi pintar, kelengkapan premium serta sistem keselamatan ADAS.

Sebelum ini, PROTON telah mengumumkan rancangan untuk memperluaskan kilang pemasangan Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) di AHTV Tanjong Malim.

Perluasan itu, yang dilaksanakan kurang daripada setahun selepas kilang tersebut mula beroperasi, dijangka melibatkan pelaburan sebanyak RM37 juta serta meningkatkan kapasiti pengeluaran kepada 42,000 unit setahun.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Proton e.MAS Labur RM40 Juta, Bangun Ekosistem Digital Dan Infotainmen EV Pertama Buatan Malaysia
  • Proton e.MAS 7 Premium Plus Dilancar – Bateri Lebih Besar, Tempat Duduk Dengan Fungsi Urutan, Harga RM125,800
  • Proton e.MAS Dominasi Pasaran NEV Tempatan – Rekod 321% Pertumbuhan Bantu Proton Catat Prestasi Terbaik Dalam 15 Tahun

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY