Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Malaysia Atasi Jepun, Singapura Dan Indonesia Miliki Bangunan Tertinggi Terbanyak Di Dunia

Kerajaan Sasar 100% Capaian Internet Di Kawasan Berpenduduk Menjelang Tahun Depan

Diterbitkan Julai 6, 2026 ยท Dikemas kini Julai 6, 2026 oleh Amalina Athman

Kerajaan melalui Kementerian Komunikasi menyasarkan 100% capaian internet di kawasan berpenduduk di seluruh negara menjelang tahun hadapan, menerusi pelaksanaan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).

Memetik laporan Bernama, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Abdul Halim Hamzah berkata sehingga 31 Dis, liputan jalur lebar di kawasan berkenaan telah mencecah 99.71%.

Beliau berkata sebelum pelaksanaan JENDELA, capaian Internet di seluruh negara hanya sekitar 90%, namun menerusi fasa terkini pelan itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan memfokuskan capaian internet sehingga 4G dan 5G.

“Kita di pihak kementerian dan MCMC, akan terus memperluas capaian sehingga 4G dan memperkasakan 5G, termasuk di kawasan luar bandar yang dilaksanakan dengan kerjasama serta perkongsian infrastruktur antara syarikat telekomunikasi. Dengan kaedah berkenaan, ia mampu mempercepat perluasan liputan serta meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada pengguna,” katanya kepada Bernama.

Dengan perluasan capaian internet yang baik, Abdul Halim berkata ia mampu melancarkan pelbagai sektor termasuk pendidikan dan ekonomi, terutamanya di kawasan kampung, luar bandar serta pedalaman.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Liputan Rangkaian 4G/5G Di Pedalaman Sarawak Kini Tidak Bergantung Sepenuhnya Kepada Menara Tambahan
  • Internet Mudah Alih Malaysia Kini Ke-25 Terpantas Di Dunia
  • DNB Sahkan U Mobile Rasmi Keluar Daripada Rangkaian 5G Miliknya

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
©2026 WISER.MY