Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MyGOV Malaysia_imagewisermy (1)

MyGOV Malaysia Mula Uji Agentic AI, Bakal Mudahkan Urusan Kerajaan

Diterbitkan Ogos 11, 2026 ยท Dikemas kini Ogos 11, 2026 oleh Amalina Athman

MyGOV Malaysia kini mula menguji Agentic AI yang boleh membantu rakyat mencari dan mengurus perkhidmatan kerajaan dengan lebih mudah.

Kementerian Digital memaklumkan penerapan Agentic AI dalam aplikasi MyGOV Malaysia sedang dilaksanakan secara beta sejak awal Ogos 2026. Langkah ini merupakan sebahagian daripada usaha untuk menjadikan penyampaian perkhidmatan kerajaan lebih pintar, proaktif, responsif dan berpusatkan rakyat.

Berbeza dengan AI konvensional yang biasanya memberikan respons berdasarkan arahan pengguna, Agentic AI boleh memahami konteks, merancang tindakan yang sesuai dan membantu melaksanakan tugasan merentasi pelbagai perkhidmatan digital kerajaan, tertakluk kepada kebenaran pengguna serta kawalan dan tadbir urus yang ditetapkan.

MyGOV Malaysia Chatbot AI_imagewisermy1

Melalui pendekatan ini, pengguna tidak lagi perlu mengetahui terlebih dahulu agensi atau sistem kerajaan yang perlu dilayari. Sebaliknya, pengguna hanya perlu menyatakan keperluan dalam bahasa yang mudah, sebelum Agentic AI membantu mengenal pasti perkhidmatan berkaitan dan memberikan panduan langkah demi langkah.

Jika fungsi tersebut tersedia dan mendapat kebenaran pengguna, sistem juga boleh membantu melaksanakan tindakan yang diperlukan melalui sistem kerajaan yang berkaitan.

MyGOV Malaysia Chatbot AI_imagewisermy2

Sebagai contoh, semakan saman polis melalui Agentic AI memberikan pengalaman baharu kepada pengguna dengan menyediakan menu pembayaran saman sehingga selesai.

Namun, perlu diketahui bahawa ciri Agentic AI dalam aplikasi MyGOV Malaysia akan dilaksanakan secara berperingkat, dengan mengambil kira aspek keselamatan, privasi data, ketepatan maklumat, tadbir urus AI, ketelusan serta kawalan manusia.

Setakat Julai 2026, MyGOV Malaysia telah merekodkan lebih 2.9 juta pengguna dengan 52 perkhidmatan daripada 19 agensi kerajaan tersedia melalui platform tersebut.

Dengan penerapan Agentic AI, MyGOV Malaysia disasarkan untuk terus diperkasa sebagai gerbang tunggal yang bukan sahaja menghubungkan rakyat dengan perkhidmatan kerajaan, tetapi turut membantu memudahkan dan mempercepat urusan perkhidmatan awam.

Pengguna yang ingin mencuba ciri ini boleh menyemak ketersediaannya melalui bahagian “AI Chat” dalam aplikasi MyGOV Malaysia.

Berkaitan

  • MyGOV Malaysia Lancar Bulan Depan - Urus Pasport, Lesen, STR Dalam Satu Aplikasi
  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Pengguna Kini Boleh Semak Harga Minyak Secara Terus Melalui Aplikasi MyGOV
  • MyDigital ID Tambah Pengesahan Biometrik Wajah Untuk Pendaftaran Di Kiosk
  • Permohonan Pasport Malaysia 10 Tahun Hanya Melalui 'Walk-In'

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY