Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Fahmi Fadzil_imej ketua pengarah jabatan pengerangan 10 ogog 2026

Sabah Antara Lokasi Percubaan Internet Satelit Terus Ke Telefon Menerusi JENDELA Fasa 2 – Fahmi

Diterbitkan Ogos 10, 2026 ยท Dikemas kini Ogos 10, 2026 oleh Amalina Athman

Teknologi internet satelit terus ke peranti atau direct-to-device (D2D) bakal diuji di beberapa lokasi di Sabah menerusi pelaksanaan Jalinan Digital Negara (JENDELA) Fasa Dua.

Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata beberapa lokasi yang bersesuaian akan dikenal pasti bagi menjalankan proof of concept teknologi berkenaan, yang membolehkan sambungan internet dipancarkan terus ke telefon bimbit melalui satelit.

“Ini kita akan lakukan mengikut JENDELA Fasa Dua. Kita akan cari lokasi di Sabah, Sarawak dan Semenanjung untuk buat percubaan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman, di Istana Seri Kinabalu di sini hari ini.

Menurut Fahmi, projek JENDELA Fasa Dua akan bermula tidak lama lagi dan melibatkan lebih 300 lokasi masing-masing di Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

Sebahagian lokasi akan melibatkan pemasangan menara, manakala lokasi lain akan menggunakan internet satelit atau teknologi alternatif yang tidak memerlukan pemasangan menara.

“Bagi kawasan lebih terpencil tapi ada penduduk kita menggunakan strategi berbeza kali ini,” katanya, sambil menjelaskan kerja-kerja pemasangan menara telekomunikasi memerlukan masa sekurang-kurangnya dua tahun, serta berdepan pelbagai cabaran.

Dalam perkembangan berkaitan, Fahmi berkata inisiatif Sambungan Kabel Dasar Laut MADANI (SALAM) juga akan menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi digital di Sabah menerusi penyediaan perkhidmatan internet yang lebih pantas dan stabil.

Inisiatif berskala besar itu akan menghubungkan Sedili, Kuching dan Miri di Sarawak, manakala di Sabah ia melibatkan Tanjung Aru, Sandakan dan Tawau.

Beliau memaklumkan titik pendaratan kabel dasar laut sebelum ini adalah di Tanjung Aru, berdekatan Kota Kinabalu. Bagaimanapun, pihaknya mendapati kabel dasar laut tersebut perlu dipasang di sepanjang pesisir pantai sehingga ke Tawau.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata pihaknya akan memastikan segala inisiatif terutama berkaitan prasarana digital di Sabah dilaksanakan mengikut jadual dan kos ditetapkan, serta komited memperkukuh celik digital dalam kalangan masyarakat.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • MCMC Pelawa Syarikat Kemuka Draf Pelan Untuk Projek Kabel Dasar Laut MADANI
  • Starlink Hasrat Uji Teknologi 'Direct-to-Device' Di Malaysia - Fahmi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY