Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Zetrix MyEG NurAI_8

Zetrix Perkenal NurAI – ‘Chatbot’ Patuh Syariah Pertama Dunia, Mudahkan Soal Jawab Agama

Diterbitkan Ogos 12, 2025 · Dikemas kini Ogos 12, 2025 oleh Amalina Athman

Zetrix AI, atau yang sebelum ini dikenali sebagai MyEG, kini memperkenalkan NurAI, model bahasa raya (LLM) patuh Syariah pertama di dunia.

Memetik laporan Bloomberg, NurAI dibangunkan menggunakan teknologi AI sumber terbuka daripada DeepSeek.

Dari segi keupayaannya, chatbot ini menawarkan panduan dalam bahasa Melayu, Indonesia, Arab dan Inggeris, merangkumi pelbagai topik daripada pilihan makanan hingga nasihat undang-undang, semuanya berasaskan nilai Syariah atau prinsip Islam.

Aplikasi ini mengutamakan sumber rasmi seperti Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia, JAKIM dan Jabatan Mufti Negeri bagi memastikan maklumat yang disampaikan relevan dan berautoriti untuk pengguna tempatan.

Buat masa ini, NurAI ditawarkan dalam beta terbuka dan boleh diakses secara percuma melalui Apple App Store dan Google Play Store. Walaupun percuma, Zetrix merancang untuk memperkenalkan pelan langganan berbayar pada masa akan datang dengan harga antara RM20 hingga RM200 sebulan.

Tinjauan awal menunjukkan NurAI masih memerlukan penambahbaikan, terutama dari segi ketepatan jawapan berkaitan hukum agama. Contohnya, apabila ditanya mengenai hukum menghasilkan imej AI individu yang telah meninggal dunia, NurAI tidak dapat memberikan jawapan tepat.

Zetrix Perkenal NurAI – ‘Chatbot’ Patuh Syariah Pertama Dunia, Mudahkan Soal Jawab Agama

Sebenarnya, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan telah mengeluarkan hukum mengenai perkara ini dalam Irsyad Hukum Siri Ke-861.

Walaupun aplikasi ini baru sahaja dilancarkan, tiada maklumat rasmi yang mengesahkan bila data terakhir dikumpul atau latihan model selesai dijalankan. Tidak dapat dipastikan sama ada maklumat yang dimiliki NurAI adalah terkini atau bersifat masa nyata.

Memandangkan NurAI masih dalam fasa ujian, adalah terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan muktamad tentang keupayaannya.

Bagaimanapun, pelancaran aplikasi seperti NurAI merupakan satu langkah positif, yang berpotensi menjadi sumber panduan berasaskan teknologi AI untuk komuniti Muslim.

Berkaitan

  • MyEG Tukar Nama Kepada Zetrix AI - Berkuat Kuasa 3 Julai
  • Cara 'Install' Play Store Di Peranti Huawei
  • GPT-5 Dah Rasmi - Ini Yang Anda Perlu Tahu
  • KAF Digital Bank Beroperasi Secara Rasmi - Patuh Syariah, Pendaftaran Akaun Kini Dibuka

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY