Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
KAF Digital Bank_1

KAF Digital Bank Beroperasi Secara Rasmi – Patuh Syariah, Pendaftaran Akaun Kini Dibuka

Diterbitkan Ogos 8, 2025 · Dikemas kini Ogos 8, 2025 oleh Amalina Athman

Bank digital Islamik, KAF Digital Bank, kini mengumumkan operasi secara rasmi bermula hari ini, 8 Ogos 2025.

Buat pengetahuan, KAF Digital Bank merupakan perkhidmatan perbankan patuh Syariah yang beroperasi di bawah lesen Bank Negara Malaysia (BNM) melalui Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA). Bank ini disokong oleh KAF Investment Bank Berhad bersama Carsome, MoneyMatch, Jirnexu dan StoreHub.

Pengguna kini boleh memuat turun aplikasi KAF Digital Bank melalui Apple App Store atau Google Play Store untuk membuka akaun simpanan.

KAF Digital Bank_5

KAF Digital Bank menawarkan 100% perkhidmatan kewangan Islam digital, termasuk akaun simpanan, kad debit ‘virtual’ serta perkhidmatan pembayaran.

Semua pelanggan akan menerima ‘Visa Virtual Debit Card-i’ secara automatik tanpa sebarang fi atau caj bulanan.

KAF Digital Bank_6

Perkhidmatan ini terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas sahaja. Antara ciri utama yang ditawarkan kepada pengguna:

  • Akaun Simpanan-i dan Simpanan-i Premium boleh dibuka dengan deposit permulaan minimum RM10 daripada institusi kewangan lain.
  • Sokongan untuk DuitNow Transfer, DuitNow QR Pay dan DuitNow ID.
  • Had transaksi harian ditetapkan pada RM5,000 untuk pengguna biasa dan RM50,000 untuk pengguna premium.
  • Had transaksi bulanan pula mencecah RM20,000 hingga RM200,000 bergantung pada jenis akaun.
  • Tiada syarat baki minimum diperlukan.

Dengan pelancaran ini, KAF Digital Bank menyasarkan untuk menjadikan perbankan Islamik lebih mudah diakses, selamat dan sepenuhnya digital.

Berkaitan

  • KAF Digital Bank Terima Kelulusan Untuk Beroperasi Di Malaysia
  • YTL-SEA Bakal Lancar Ryt Bank - Bank Digital Pertama Dikuasakan Oleh AI Di Malaysia
  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik

Sumber: KAF Digital Bank (1, 2)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY