Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AI Technology image

Mufti Perjelas Hukum Hasilkan Imej AI Orang Yang Telah Meninggal Dunia

Diterbitkan Ogos 9, 2024 ยท Dikemas kini Ogos 9, 2024 oleh Amalina Athman

Sejak kewujudan teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif, pelbagai kerja kreatif menjadi lebih mudah, terutamanya dalam menghasilkan imej digital. Namun begitu, ada yang menggunakan teknologi ini untuk menghasilkan wajah orang yang telah meninggal dunia sebagai salah satu cara meluahkan kesedihan dan kerinduan.

Dari segi hukumnya pula, adakah dibenarkan dalam Islam? Bagi menjawab persoalan tersebut, Mufti Wilayah Persekutuan telah memberikan penjelasan.

Secara ringkas, hukum menghasilkan imej orang yang meninggal dunia menggunakan teknologi AI generatif mengambil sama seperti hukum melukis gambar. Hukum melukis gambar sama ada orang yang hidup atau yang telah meninggal dunia tanpa tujuan dan sebab munasabah adalah haram menurut majoriti ulama.

Walaupun begitu, penghasilan imej digital untuk tujuan kemaslahatan dan keperluan seperti tujuan berdakwah dan pembelajaran tidak termasuk dalam perkara yang diharamkan.

Selain itu, lukisan dan gambar yang tidak lengkap (hanya menampilkan sebahagian anggota sahaja) – jika dengan ketiadaan sebahagian anggota seperti kepala maka tiada bernyawa manusia dan haiwan tersebut, hukumnya harus.

Oleh itu, penghasilan imej orang yang telah meninggal dunia dengan teknologi AI generatif adalah harus dengan syarat:

  1. Gambar yang dihasilkan bukanlah gambar yang sempurna seluruh anggota tubuh badan.
  2. Tidak mempamer aurat atau apa sahaja perkara yang bercanggah dengan syarak.
  3. Tidak mengaibkan gambar si mati.
  4. Tidak menjadikan gambar orang yang telah meninggal dunia bergerak-gerak kerana dikhuatiri ia akan menjatuhkan maruah atau memalukannya.
  5. Tujuan gambar tersebut dibuat hanyalah untuk perkara-perkara kebaikan.

Pihak Mufti turut menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dalam menggunakan kecanggihan teknologi yang ada. Penggunaan teknologi yang tidak terkawal akan mendatangkan kesan yang tidak baik sama ada kepada individu, masyarakat mahupun negara.

Berkaitan

  • ChatGPT Kurang Sesuai Sebagai Rujukan Agama - Bekas Mufti WP
  • Hukum Guna Bantuan AI Untuk Siapkan 'Assignment'
  • Hukum Terima Hadiah Dari 'Live' NPC Di TikTok
  • Berdosa 'Troll' Guna Ayat Al-Quran - Mufti WP

Sumber: Mufti WP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY