Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
zeekr carro

Zeekr Lantik Carro Sebagai Pengedar Rasmi Di Malaysia

Diterbitkan Jun 17, 2025 · Dikemas kini Jun 17, 2025 oleh Amsyar Latif

Jenama kenderaan tenaga baharu premium dari China, Zeekr, telah melantik Carro sebagai pengedar rasmi terbaharunya di Malaysia. Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) berlangsung di bilik pameran utama Carro di Puchong pada 16 Jun 2025.

Pelantikan ini menandakan komitmen Zeekr untuk memperluaskan kehadirannya di Malaysia dan memudahkan pemilikan kenderaan elektrik (EV) melalui rangkaian jualan dan servis selepas jualan yang lebih kukuh.

“Maklum balas positif dari pasaran Malaysia membuktikan peningkatan minat terhadap EV premium kami,” kata Alex Bao, Pengarah Urusan Zeekr Asia Tenggara. “Kerjasama dengan Carro adalah langkah penting untuk memperkukuh kehadiran kami di rantau ini.”

Carro, platform jual beli kenderaan terkemuka Asia Pasifik, kini meluaskan operasi ke jualan kenderaan baharu di Malaysia. Kerjasama ini akan memberikan pemilik Zeekr akses kepada pelbagai perkhidmatan Carro termasuk pembiayaan (Genie Financial), servis selepas jualan (Carro Care) dan insurans (Coverro).

Buat masa ini, terdapat 3 bilik pameran Zeekr Space di Petaling Jaya dan IOI Mall Puchong, dengan 4 lagi akan dibuka di Juru Autocity, Lembah Klang dan Seremban. Sebanyak 3 pusat servis Carro Care juga dirancang akan dilancarkan.

Zeekr memasuki pasaran Malaysia pada Disember 2024 dengan dua model utama:

  • Zeekr 009 (MPV) – harga dari RM310,000
  • Zeekr X (SUV) – harga dari RM155,800

Maklumat lanjut dan tempahan boleh dibuat melalui Zeekr Space atau laman web rasmi Carro di carro.co/zeekr.

Berkaitan

  • Jom Rebut iPad Percuma, Hanya Naik Taraf Unifi Sekarang
  • Toyota Kata 9 Juta EV Sama Mencemarkan Dengan 27 Juta Hibrid
  • EV Xiaomi SU7 Ultra Pecah Catatan Masa Litar Lumba Nürburgring
  • Bahan Penting Dalam Bateri EV Tidak Cukup Tampung Permintaan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY