Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
bateri EV

Bahan Penting Dalam Bateri EV Tidak Cukup Tampung Permintaan

Diterbitkan Jun 13, 2025 oleh ariff bukhari

Satu kajian terbaru oleh penyelidik dari Universiti Normal Timur China di Shanghai dan Universiti Lund di Sweden  mendapati bahawa Eropah, China dan Amerika Syarikat mungkin tidak mampu menghasilkan bekalan litium mencukupi menjelang 2030 untuk memenuhi permintaan tinggi bateri kenderaan elektrik (EV).

Litium ialah bahan penting dalam pembuatan bateri EV yang semakin mendapat permintaan tinggi bagi mengurangkan pelepasan karbon.

Kajian oleh penyelidik dari China dan Sweden itu memberi amaran bahawa walaupun pengeluaran litium ditingkatkan sebanyak 10 kali ganda, ia masih belum mencukupi melainkan ada teknologi baru atau peningkatan import.

Sebagai contoh, Eropah mungkin memerlukan hampir 800,000 tan litium menjelang 2030, tetapi hanya mampu hasilkan kira-kira 325,000 tan.

Jadi, bagi menangani isu ini, penyelidik ,memberi beberapa cadangan termasuklah menggalakkan penggunaan pengangkutan awam berbanding kenderaan persendirian, membangunkan bateri yang menggunakan kurang litium atau alternatif lain serta meluaskan lagi aktiviti perlombongan litium dan kitar semula bahan bateri.

Pakar industri menyifatkan litium kini sepenting petrol semasa revolusi industri dan menekankan pentingnya pelaburan serta dasar kerajaan yang menyokong perlombongan dan pembuatan bateri.

Berkaitan

  • Jom Rebut iPad Percuma, Hanya Naik Taraf Unifi Sekarang
  • Pergerakan Mudik Aidilfitri Mempengaruhi Kelajuan Internet Di Indonesia
  • Toyota Tampil Dengan Kereta Lumba Hidrogen Cecair Pertama Di Le Mans

Sumber: The Independent

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • OpenAI Dilapor Tawar Gaji Sehingga RM2.1 Juta Setahun Untuk Kerja Futuristik Ini
  • Penang Port Jadi Pelabuhan Pertama Di Malaysia Guna Rangkaian 5G Persendirian
  • Pesawat Elektrik Berkuasa Solar Rekod Penerbangan Setinggi 9,640 Meter
  • Kementerian Kewangan Nafi Dakwaan Caj Perkhidmatan QR Akan Dikenakan Mulai 1 November
  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
©2026 WISER.MY