Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Toyota HEV Campaign_Image 8

Toyota Kata 9 Juta EV Sama Mencemarkan Dengan 27 Juta Hibrid

Diterbitkan Jun 10, 2025 ยท Dikemas kini Jun 11, 2025 oleh ariff bukhari

Akio Toyoda, Pengerusi Toyota, terkenal kerana pandangannya yang tegas dalam industri automotif berpendapat bahawa peralihan kepada kenderaan elektrik (EV) tidak boleh dilakukan secara tergesa-gesa kerana ia boleh memberi kesan besar kepada rantaian bekalan dan mengancam jutaan pekerjaan.

Dari sudut alam sekitar, Toyoda berpendapat bahawa EV lebih mencemarkan berbanding hibrid.

Beliau mendakwa Toyota telah menjual sekitar 27 juta kenderaan hibrid sejak pelancaran Prius pada tahun 1997.

Berdasarkan kiraannya, jumlah itu menyamai jejak karbon sembilan juta EV, apabila mengambil kira pengeluaran bateri dan kenderaan.

Toyoda juga menyatakan bahawa satu EV boleh mencemarkan sebanyak tiga buah hibrid.

Walaupun pendekatan Toyota yang berhati-hati terhadap EV mendapat kritikan, syarikat ini masih kekal sebagai pengeluar kereta terbesar di dunia pada tahun 2024, buat lima tahun berturut-turut.

Toyota lebih menumpukan pada hibrid dan masih mengekalkan model enjin pembakaran dalaman (ICE).

Toyoda percaya bahawa EV tidak akan melebihi 30% pasaran dan industri perlu memberi perhatian kepada teknologi hibrid serta bahan api sintetik.

Berkaitan

  • Saintis Jepun Cipta Plastik Yang Terurai Dalam Air Laut Beberapa Jam Sahaja
  • Jom Rebut iPad Percuma, Hanya Naik Taraf Unifi Sekarang
  • Android 16 Bakal Perkenal Ciri Kesihatan Bateri Baharu

Sumber: motor 1

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY