Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Zeekr 8X – SUV Hibrid Terpantas Dunia, Guna Seni Bina 900V

Posted on April 20, 2026

Zeekr 8X kini telah dilancarkan secara rasmi di China. SUV ini dibina berasaskan arkitektur SEA-S dan menggunakan Sistem Hibrid Super Electric Power (SEP) di bawah Haohan-S Super Hybrid Architecture.

Model ini menjadi tanda aras baharu dalam kategorinya melalui penggunaan seni bina voltan tinggi 900V, sistem pacuan semua roda (AWD) prestasi tinggi, serta sistem casis digital Haohan AI.

Bagi varian Flagship Edition (juga dikenali sebagai Yao Ying atau Black Edition), ia dilengkapi dengan sistem tiga motor yang membolehkan pecutan 0-100 km/j hanya dalam 2.96 saat. Rekod ini menjadikan Zeekr 8X sebagai SUV hibrid dengan pecutan terpantas di dunia setakat ini.

Zeekr 8X merupakan SUV saiz besar dengan dimensi 5,100 mm panjang, 1,998 mm lebar, 1,780 mm tinggi dan wheelbase 3,069 mm. Walaupun berat antara 2,660 kg hingga 2,820 kg, ia menawarkan ruang kabin luas setaraf MPV dengan kadar penggunaan ruang mencapai 72 peratus dan luas kabin keseluruhan 5.93 m². Ia boleh dikonfigurasikan sebagai 5 tempat duduk atau 6 tempat duduk, dengan ruang baris kedua setanding kereta mewah MPV.

Enjin petrol 2.0L turbo (DHE20-PFZ) menghasilkan 205 kW (275 hp), manakala generator mencapai 145 kW, iaitu yang tertinggi dalam kelas hibrid.

Varian dual-motor menghasilkan sehingga 660 kW (sekitar 890 hp) dan mencapai 0-100 km/j dalam 3.7 saat.

Varian tri-motor (Flagship) pula menghasilkan 1,030 kW (1,381 hp atau sekitar 1,400 PS) dengan tork keseluruhan mencecah 1,810 Nm.

Varian tertinggi turut dilengkapi tayar lebar 315 mm, yang pertama dalam segmen hibrid.

Zeekr 8X menggunakan bateri ternary NMC dari CATL (Freevoy) dengan kapasiti 55.1 kWh atau 70 kWh.

Jarak elektrik tulen (CLTC) mencapai sehingga 410 km bagi bateri 70 kWh, manakala jarak keseluruhan (petrol + elektrik, CLTC) boleh mencecah 1,416 km.

Dengan seni bina 900V 6C ultra-fast charging, pengecasan dari 20 peratus ke 80 peratus hanya mengambil masa 9 minit sahaja.

Walaupun memfokuskan kepada prestasi, Zeekr 8X direka sebagai SUV lima atau enam tempat duduk yang menawarkan ruang kabin luas setaraf MPV.

Antara ciri kemewahan yang disertakan ialah kerusi baris kedua inspirasi Eames Lounge Chair dengan reclining sehingga 137 darjah, kawalan keselesaan satu sentuhan, pemanasan, pengudaraan dan urutan.

Ia juga menjadi satu-satunya kenderaan di dunia yang dilengkapi sistem audio Naim premium dengan sehingga 29 speaker.

Sistem casis Haohan AI Digital Chassis dilengkapi dual-chamber air suspension, CCD electromagnetic damping, active stabilizer bar dan keupayaan menyesuaikan diri dalam 0.2 saat.

Model ini merupakan yang pertama menampilkan sistem integrasi pintar antara kabin dan pemanduan. Pembantu suara kini berevolusi kepada Super Eva berasaskan World Action Model (WAM).

Ia bertindak sebagai pusat kawalan pintar yang bersepadu secara natif dengan sistem bantuan pemandu G-ASD 4.0, casis, dan rangkaian kuasa. Sistem ini disokong oleh dua cip Nvidia Drive Thor-U dengan kuasa komputasi 1,400 TOPS.

Harga Jualan

Di pasaran China, Zeekr 8X ditawarkan pada harga bermula:

  • Varian Standard (dual-motor): RMB 356,800 (~RM235,500) hingga RMB 426,800 (~RM281,700).
  • Flagship Edition (tri-motor): RMB 500,800 (~RM330,500).

Untuk pasaran Malaysia, harga rasmi masih belum diumumkan.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress