Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Zeekr 7x

Harga Zeekr 7X 2026 Naik Sehingga 1.8%, Kini Bermula RM182,800

Diterbitkan Februari 6, 2026 oleh ariff bukhari

Zeekr Malaysia mengumumkan harga baharu bagi SUV elektrik premium Zeekr 7X untuk tahun 2026 selepas insentif kerajaan bagi EV import tamat pada 31 Disember 2025.

Walaupun pasaran dijangka lebih berhati-hati, Zeekr hanya menaikkan harga maksimum 1.8%, mengekalkan daya saing dalam segmen EV premium.

Sebelum ini, model Zeekr 7X adalah bermula RM179,800 bagi varian standard, RM190,800 bagi RWD Long Range dan RM226,800 bagi varian AWD Performance.

Kini harga baharu selepas dikemas kini adalah bermula dari RM182,800 untuk 7X RWD Standard (+1.7%), RM193,800 untuk 7X RWD Long Range (+1.6%), dan RM230,800 untuk 7X AWD Performance (+1.8%).

Walau bagaimanapun, model lain seperti Zeekr X dan Zeekr 009 masih mengekalkan harga asal sehingga stok 2025 habis.

Zeekr berkata, mereka menekankan komitmen kepada pelanggan Malaysia dengan memastikan kualiti, teknologi pintar, dan reka bentuk mewah tetap terpelihara.

Industri EV Malaysia kini berdepan cabaran selepas berakhirnya pengecualian cukai import, dengan kadar penembusan EV hanya 5% pada 2025, jauh di belakang Thailand (20%) dan Indonesia (15%).

Namun, Zeekr dilihat yakin dengan strategi harga sederhana ini akan mengekalkan minat pengguna.

Berkaitan

  • Bukan Gimik, Kualiti Bunyi Huawei FreeClip 2 Ni Betul-Betul Padu
  • Harga e.MAS 7 PHEV Diumumkan, Bermula Dari RM109,800
  • CelcomDigi Lancar Pelan Pascabayar 5G Data/Kelajuan Tanpa Had Baharu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY