Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
zeekr 9x

Zeekr 9X Dilancar, SUV EV Dengan Teknologi Pemanduan Autonomi L3

Diterbitkan Mac 19, 2025 ยท Dikemas kini Mac 19, 2025 oleh Amsyar Latif

Zeekr, jenama kenderaan elektrik mewah dari China milik Geely, memperkenalkan Zeekr 9X, sebuah SUV baharu dengan teknologi pemanduan autonomi L3 yang membolehkan pemandu mengangkat tangan dari stereng tetapi masih perlu bersedia untuk mengambil alih kawalan.

SUV ini akan membuat kemunculan di Pameran Auto Shanghai bulan depan, dengan penghantaran dijadualkan pada separuh kedua tahun ini.

G-Pilot, sistem pemanduan pintar berasaskan AI, membolehkan kenderaan mengelak halangan dan mencari tempat letak kereta secara automatik.

Pelancaran ini berlaku di tengah persaingan sengit dalam industri EV China, di mana Tesla baru-baru ini memperkenalkan ciri pemanduan autonomi di China, manakala BYD turut merancang untuk melengkapkan hampir semua modelnya dengan teknologi serupa.

Zeekr bertekad menjadikan pemanduan pintar sebagai standard dalam era kecerdasan buatan, menjadikan Zeekr 9X sebagai pesaing utama dalam pasaran SUV elektrik premium dengan teknologi canggih.

Berkaitan

  • Ini Cara vivo Hasilkan Telefon Nipis 7mm Dengan Bateri 5500mAh
  • Tesla Model Y Terbaru Kini Di Malaysia, Penghantaran Pada Mei Ini
  • Kos Ganti Bateri EV Diramal Lebih Murah Daripada Ganti Enjin ICE Menjelang 2030
  • BYD Perkenal Sistem Pengecas EV Baharu, 5 Minit Cas Beri Julat 400KM

Sumber: AFP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY