Ingat tak satu ketika dahulu yang kita perlu mengambil masa lama untuk telefon penuh ke 100%. Malah, saiz telefon pun besar dan tebal meskipun kapasiti bateri tidaklah besar mana.
Namun, siapa sangka yang zaman sekarang, teknologi berkembang dan dapat mengecilkan saiz bateri tetapi pada masa sama, kapasiti sudah meningkat.
Teknologi Bateri BlueVolt, Tingkat Jangka Hayat Telefon
Dalam kepala anda, mesti akan terfikir yang kalau mahu naikkan kapasiti bateri, saiz bateri itu sendiri perlu bergerak seiring bukan? Dalam erti kata lain, telefon kena tebal.
Walau bagaimanapun, masalah tersebut sudah ada penyelesaiannya. Sebagai contoh, teknologi bateri BlueVolt memanfaatkan bateri semi-pepejal dan juga dibangunkan bersama teknologi daripada vivo.
Bateri semi-pepejal merupakan teknologi bateri baharu yang menggabungkan ciri bateri cecair tradisional dan pepejal dengan keselamatan lebih tinggi, ketumpatan tinggi dan tahan lama.
Ini secara tidak langsung membenarkan saiz bateri boleh dikurangkan tetapi pada masa sama kapasiti dipertingkatkan. Sekali gus, pengguna dapat menikmati masa penggunaan bersama peranti lebih lama tetapi tidak perlu menggunakan telefon yang rekaannya tebal.
Telefon Ini Nipis Tapi Kapasiti Besar
Tapi…, ada ke telefon macam tu di Malaysia?
Sebenarnya, memang ada telefon tersebut di Malaysia. Peranti yang dimaksudkan itu adalah siri vivo V40. Buat pengetahuan anda, siri vivo V40 menampilkan kapasiti bateri 5500mAh di mana saiz baterinya 16.5% lebih kecil berbanding lain yang hadir dengan kapasiti sama.
Selain itu, ia juga dilengkapi pengecasan sepantas 80W. Oleh yang demikian, peranti ini menjanjikan pengalaman penggunaan lebih lama sepanjang hari dan sekiranya pengguna mahukan kuasa kembali, pengecasannya tidak mengambil masa yang lama.
Gambar Potret Lebih Kemas Tanpa Gangguan Dengan AI

Seperti yang diketahui, siri V daripada vivo sememangnya memfokuskan gambar potret. Tidak kira potret swafoto mahupun potret daripada kamera belakang.
Walaupun hasil gambar daripada peranti ini sudah cantik, tetapi pasti kadangkala ada “gangguan” yang tidak diingini semasa detik tersebut diambil.
Jangan risau, sebab itulah siri vivo V40 kali ini didatangkan dengan ciri AI Erase. Cara untuk menggunakannya pun mudah sahaja.
Buka gambar yang sudah diambil, tekan ‘edit’ dan pilih ‘AI Erase’. Kemudian, pengguna hanya perlu bulatkan sahaja orang atau objek tidak diingini untuk dibuang daripada gambar.
Ini sekali gus menjadikan potret anda lebih kemas dan juga menyerlah. Sesuai untuk anda ambil gambar potret di kawasan ramai orang.
Malah, gandingan lensa ZEISS dan juga ciri AI Erase daripada siri vivo V40 sememangnya membuatkan hasil gambar anda kelihatan profesional.
Telefon Dengan “Lima” Lensa ZEISS
Siri vivo V40 meneruskan legasi peranti ini dengan memfokuskan kemampuan fotografi.
Ia hadir bukan satu, tetapi 4 kamera 50MP yang terdiri daripada kamera utama, ultra lebar, telefoto dan tidak dilupakan swafoto. Kesemuanya menggunakan sistem lensa daripada ZEISS.
Menariknya lagi pada kamera belakangnya, ia menampilkan lima jarak fokus berbeza atau vivo menggelarkannya ZEISS multifocal portrait.
Di sini, anda boleh memilih lensa 24mm, 35mm, 50mm, 85mm dan 100mm. Dengan ini, pelbagai sudut gambar potret boleh diambil bagi menyerlahkan lagi subjek potret tersebut. Dari landscape portrait, sehinggalah close-up portrait.
Tambahan lagi, untuk memudahkan kerja penghasilan gambar potret tersebut, anda boleh terus gunakan ‘preset’ yang ditawarkan pada peranti ini. Hanya klik sahaja ikon berbentuk lensa dan pilih ikut kesesuaian. Melaluinya, vivo akan terus cadangkan warna serta bentuk bokeh yang menarik untuk gambar yang ingin diambil.
Siri vivo V40 Pastikan Setiap Detik Anda Berharga
Siri vivo V40 sememangnya sesuai untuk anda di luar sana yang menggemarkan gambar potret. Ia bukan sahaja dapat memberikan hasil gambar yang cantik tetapi bebas daripada elemen yang boleh merosakkan foto anda kerana adanya ciri AI Erase.
Dengan ini, setiap detik serta gambar diambil kelihatan lebih profesional dan boleh terus dikongsikan di media sosial.
Bagi yang berminat, siri ini ditawarkan dengan dua model, V40 dan V40 Pro. Ia dijual pada tanda harga bermula RM1,999 bagi varian 12+256GB. Sementara V40 Pro pula berharga RM3,299.
Peranti tersebut sudah pun tersedia di pasaran dan anda boleh klik pautan ini untuk membeli – https://linktr.ee/vivov40series
*Artikel ini dibawakan oleh vivo Malaysia