Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tesla Model Y Terbaru Kini Di Malaysia, Penghantaran Pada Mei Ini

Tesla Model Y Terbaru Kini Di Malaysia, Penghantaran Pada Mei Ini

Diterbitkan Februari 18, 2025 · Dikemas kini Februari 18, 2025 oleh ariff bukhari

Tesla akhirnya menawarkan Model Y terbaru untuk pasaran Malaysia selepas ia dilancarkan pada Januari 2025 lepas untuk pasaran Amerika Utara dan Eropah.

Untuk pasaran Malaysia, harga jualan Model Y baharu ini adalah bermula dari RM195,450 bagi varian pacuan roda belakang dan RM242,450 bagi varian Long Range dan pacuan semua roda.

Bagi varian pacuan roda belakang, Model Y baharu ini menawarkan julat sejauh 466km dengan kelajuan maksimum 201km/j.

Manakala bagi varian Long Range dan pacuan semua roda, pula, ia menawarkan julat 551km dan kelajuan maksimum 201km/j.

Saiz tayar pula didatangkan standard dengan rim 19 inci bagi kedua-dua varian.

Turut ditawarkan adalah pilihan  2 pakej ‘Autopilot’ yang berharga RM32,000 dan RM16,000.

TESLA MODEL Y AUTOPILOT PAKEJ

Dikenali sebagai Model Y Launch Series, tempahan sudah dibuka dengan penghantaran dijangka akan dibuat bermula dalam bulan Mei akan datang.

Untuk info lebih lanjut tentang spesifikasi Tesla Model Y Launch Series ini, layari laman rasmi Tesla Malaysia.

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Ini 5 Pengecas Berkuasa Tinggi Alternatif Untuk Telefon Android Dan iPhone
  • HUAWEI Mate XT Ultimate Design, Telefon Tri-Lipat Dijual Pada Harga RM14,999

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tonton Netflix Dan YouTube Di UK Mungkin Perlu Bayar Lesen TV £180 Setahun
  • Kerajaan Larang Penjawat Awam Guna Aplikasi Navigasi Waze - Berkuat Kuasa Serta-Merta
  • Kapal Angkasa Jepun Dalam Perjalanan Ke Bulan Planet Marikh, Dijangka Tiba Ogos 2027
  • Xbox Generasi Baharu Dilapor Mungkin Berharga Sehingga AS$1,800
  • Jualan Tiket Bas Ekspres Hanya Melalui Terminal Berlesen Mulai 1 November
  • Pusat Data Google Cloud Terputus Bekalan Tenaga, Urusan Bank Di UK Terjejas
  • DJI Osmo Pocket 4P Pearl White Kini Dijual Di Malaysia, Harga RM2,419
  • Antigravity Lancar Alat Kawalan Dan Aksesori Baharu Bagi Dron A1
©2026 WISER.MY