Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Brazil Hentikan Pembinaan Kilang BYD Selepas Keadaan Pekerja Hidup Seperti ‘Perhambaan’

BYD Perkenal Sistem Pengecas EV Baharu, 5 Minit Cas Beri Julat 400KM

Diterbitkan Mac 19, 2025 · Dikemas kini Mac 19, 2025 oleh ariff bukhari

BYD memperkenalkan sistem pengecasan EV berkuasa tinggi yang mampu mengecas kenderaan elektrik  dalam tempoh sepantas 5 minit yang memberikan julat sejauh 400 km.

Pencapai itu dicapai menerusi penggunaan pengecas berkuasa 1,000 kW.

Sistem ini menggunakan teknologi bateri dengan keupayaan pengecasan 10 kali ganda (10C), motor berkuasa tinggi, cip silikon karbida, serta pengecas ultra pantas.

BYD dilaporkan merancang membina lebih 4,000 stesen pengecasan sedemikian di seluruh China bagi menyokong platform baharu ini.

Namun, penganalisis memberi amaran bahawa penggunaan meluas teknologi pengecasan pantas ini akan memberi tekanan tambahan kepada grid kuasa elektrik, serta memerlukan pelaburan besar dalam naik taraf infrastruktur.

Jadi, BYD bercadang untuk menyelesaikan isu ini dengan memasang unit simpanan tenaga di setiap stesen pengecasan, namun ini akan meningkatkan kos keseluruhan.

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Semua Model EV BYD Kini Sokong Platform Pelancaran Dron DJI
  • Malaysia Airlines Perketat Peraturan Penggunaan 'Power Bank' Dalam Pesawat - Berkuat Kuasa 1 April

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY