Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
YouTube Premium_wisermy

YouTube Uji Pelan Langganan Premium Untuk Dua Orang

Diterbitkan Mei 6, 2025 ยท Dikemas kini Mei 6, 2025 oleh Amalina Athman

YouTube kini sedang menguji pelan langganan YouTube Premium baharu yang dikhaskan untuk dua orang pengguna di beberapa negara terpilih – India, Perancis, Hong Kong dan Taiwan.

Perkara ini disahkan oleh jurucakap Youtube Alex McQuiston, kepada The Verge dan pertama kali dilaporkan oleh Moneycontrol.

Kami sedang bereksperimen dengan cara baharu untuk memberikan lebih fleksibiliti dan nilai kepada pelanggan YouTube Premium kami, termasuk menawarkan pilihan pelan Premium untuk dua orang, membolehkan dua orang berkongsi langganan pada kos yang lebih rendah.

Sama seperti Spotify Premium Duo, pelan baharu YouTube ini membolehkan dua individu yang tinggal serumah berkongsi langganan YouTube Premium pada harga lebih mampu milik.

Ia sesuai bagi pengguna yang mahukan kelebihan YouTube Premium seperti tontonan tanpa iklan dan mainan latar, tanpa perlu melanggan pelan keluarga.

YouTube Premium 2 person_
X/thetymonbay

Pelan dua orang ini hadir selepas pelancaran YouTube Premium Lite di beberapa negara terpilih. Untuk makluman, Premium Lite menawarkan tontonan bebas iklan bagi kebanyakan video, namun tidak termasuk muzik video tanpa iklan, ciri mainan latar atau muat turun luar talian.

Setakat ini, masih belum jelas bila atau sama ada YouTube akan menawarkan pelan Premium dua orang ini ke lebih banyak negara.

Namun, ia dilihat sebagai langkah strategik YouTube dalam menarik semula pengguna yang mungkin telah membatalkan langganan Premium mereka kenaikan harga sebelum ini.

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • YouTube Perkenal Pelan Lebih Mampu Milik - Premium Lite
  • Anda Kini Boleh Beli Barang Secara Terus Di YouTube
  • Usia 20 Tahun, YouTube Tampil Dengan UI Lebih Moden Dan Menarik

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY