Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
YouTube ulang tahun ke-20

Usia 20 Tahun, YouTube Tampil Dengan UI Lebih Moden Dan Menarik

Diterbitkan April 24, 2025 oleh Amsyar Latif

Sempena ulang tahun ke-20, YouTube memperkenalkan kemas kini antara muka (UI) dan beberapa ciri baharu yang bakal meningkatkan pengalaman pengguna.

Antara kemas kini utama yang bakal dinikmati pengguna adalah reka bentuk UI baharu untuk tontonan TV, dengan navigasi lebih mudah, paparan info saluran lebih ringkas, serta akses komen yang lebih lancar.

Usia 20 Tahun, YouTube Tampil Dengan UI Lebih Moden Dan Menarik

YouTube juga menawarkan pilihan kelajuan tontonan sehingga 4x playback speed, khas untuk pengguna YouTube Premium yang ingin menonton video secara pantas di peranti mudah alih.

Usia 20 Tahun, YouTube Tampil Dengan UI Lebih Moden Dan Menarik

Tidak ketinggalan ialah ciri interaktif seperti Multiview di YouTube TV, yang kini turut menyokong kandungan bukan sukan, membolehkan pengguna menonton beberapa saluran kegemaran secara serentak dalam satu skrin.

Pengguna YouTube Premium dan YouTube Music kini boleh mencipta stesen radio peribadi menggunakan Ask Music, hanya dengan menyatakan jenis muzik yang ingin didengari, tersedia pada iOS dan Android.

Usia 20 Tahun, YouTube Tampil Dengan UI Lebih Moden Dan Menarik

Ciri-ciri tersembunyi yang menarik seperti Song Search, di mana pengguna hanya perlu bersenandung untuk mencari lagu kegemaran, turut diperkenalkan di aplikasi Android. Selain itu, YouTube turut memperkenalkan fungsi balas komen melalui suara (voice-reply), bagi meningkatkan interaksi antara pencipta kandungan dan penonton.

Dengan UI baharu, fungsi-fungsi menarik dan kemudahan interaktif ini, YouTube sekali lagi membuktikan komitmennya dalam memberikan pengalaman tontonan yang lebih moden dan menarik selaras dengan ulang tahun ke-20 platform tersebut.

Berkaitan

  • Guna Telefon vivo X200 Pun Boleh Dapat Gambar Makro Nampak Pro Macam Ini
  • YouTube Perkenal Pelan Lebih Mampu Milik - Premium Lite
  • Studio Hollywood Biarkan Treler Filem Palsu Berleluasa? YouTube Kini Ambil Tindakan
  • Anda Kini Boleh Beli Barang Secara Terus Di YouTube

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Dron Pengisi Minyak Di Udara Secara Kawalan Jauh Lebih 3,380 Km Dari Kapal Pengangkut
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
©2026 WISER.MY