Bayangkan anda sedang menonton video ulasan produk di YouTube, tertarik dengan sesuatu produk, dan boleh terus membelinya tanpa perlu meninggalkan platform tersebut.
Kini, ini bukan lagi sekadar bayangan, tetapi telah menjadi realiti di Malaysia melalui kerjasama antara Shopee dan YouTube dalam program baharu yang dinamakan YouTube Shopping Affiliate.
Program ini membolehkan pencipta kandungan tempatan di YouTube menandakan atau ‘tag’ produk-produk Shopee dalam video, Shorts, mahupun sesi strim langsung mereka.
Sebagai penonton, anda kini boleh terus klik dan membuat pembelian semasa menonton, menjadikan pengalaman membeli-belah lebih mudah, pantas, dan interaktif.
Dengan ciri baharu ini, pengguna tidak lagi perlu bersusah payah mencari pautan pembelian atau keluar masuk aplikasi berbeza semata-mata untuk membeli produk yang dilihat di video.
Selain memberi manfaat kepada pengguna, ia turut membuka peluang untuk pencipta kandungan tempatan menjana pendapatan tambahan melalui kandungan mereka.
Kerjasama antara Shopee dan YouTube ini juga memperluaskan lagi pilihan produk dan memberikan pengalaman membeli-belah yang unik serta berbeza kepada pengguna Malaysia.
Program ini turut disokong sepenuhnya oleh Shopee melalui platform Affiliates Marketing Solution (AMS) yang menawarkan pelbagai insentif menarik kepada pencipta kandungan, sekali gus meningkatkan lagi kualiti dan kepelbagaian video yang anda tonton.
Melalui pendekatan inovatif ini, Shopee dan YouTube bukan sahaja mengubah cara anda membeli-belah secara dalam talian, tetapi juga meningkatkan tahap keseronokan dan kemudahan dalam menonton kandungan kegemaran anda.
{suggest}