Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
YouTube Perkenal Pelan Lebih Mampu Milik – Premium Lite

YouTube Perkenal Pelan Lebih Mampu Milik – Premium Lite

Diterbitkan Mac 6, 2025 oleh Amalina Athman

Seperti dijangkakan, YouTube kini memperluaskan percubaan pelan langganan baharu, Premium Lite kepada pengguna di Amerika Syarikat.

Dengan harga $7.99 sebulan berbanding $13.99 untuk YouTube Premium biasa, pelan ini membolehkan pengguna menonton sebahagian besar video tanpa iklan, termasuk kandungan berkaitan permainan, fesyen, kecantikan, berita dan banyak lagi.

YouTube Perkenal Pelan Lebih Mampu Milik – Premium Lite

Namun begitu, iklan masih akan dipaparkan pada kandungan muzik dan video muzik di platform itu.

Untuk menikmati tontonan video muzik tanpa iklan di YouTube dan YouTube Music, pengguna masih perlu melanggan pelan Premium sedia ada, yang turut menyediakan akses kepada ciri muat turun luar talian dan mainan latar.

Premium Lite tidak menyertakan keistimewaan tersebut dan hanya memfokuskan kepada pengalaman menonton YouTube tanpa iklan.

Dalam beberapa minggu akan datang, kami juga akan melancarkan Premium Lite untuk semua pengguna di negara percubaan sedia ada – Thailand, Jerman dan Australia.

Dalam pada itu, YouTube turut menyatakan bahawa perkhidmatan YouTube Music dan Premium kini telah mencapai lebih 125 juta pelanggan di seluruh dunia, termasuk pengguna percubaan.

Premium Lite juga akan diperluaskan ke lebih banyak negara pada tahun ini.

Berkaitan

  • Dah Tamat Waranti Tapi Masih Nak Jimat Duit Hantar Servis Peranti HUAWEI? Ini Berita Baik Untuk Anda
  • Pengguna YouTube Premium Kini Boleh Cuba 4 Ciri Baharu
  • YouTube 'Premium Lite' Dijangka Lancar Tidak Lama Lagi
  • Slot Iklan YouTube Kelak Akan Diletakkan Di Tempat Lebih Sesuai

Sumber: YouTube

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY