Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
YouTube Premium_wisermy

YouTube Premium Kini Dengan Audio Berkualiti Tinggi, Kelajuan Hingga 4x

Diterbitkan September 29, 2025 oleh Amalina Athman

YouTube kini memperkenalkan ciri baharu untuk pelanggan Premium, termasuk kelajuan main balik yang lebih pantas dan audio berkualiti tinggi.

Sebelum ini, pengguna hanya boleh menonton video pada kelajuan 2x. Kini, ahli YouTube Premium boleh menyesuaikan kelajuan main balik sehingga 4x, dengan kenaikan 0.05x. Ciri yang sebelum ini terhad kepada Android dan iOS melalui youtube.com/new kini tersedia sepenuhnya di Android, iOS dan web.

Pengguna YouTube Premium Kini Boleh Cuba 4 Ciri Baharu

Audio berkualiti tinggi (256kbps) juga diperkenalkan, menjadikan pengalaman mendengar lebih mendalam. Sebelum ini, ciri ini hanya terdapat di aplikasi YouTube Music dan sebagai eksperimen ‘opt-in’ di aplikasi utama YouTube. Kini, ia tersedia sepenuhnya di Android dan iOS, tetapi hanya untuk video muzik rasmi/Premium dan Art Tracks.

Di Smart TV dan konsol permainan, ciri Jump Ahead mmebolehkan pengguna melangkau (skip) ke bahagian paling menarik dan penting dalam video.

Bagi YouTube Shorts, aplikasi YouTube di iOS kini menyokong Picture-in-Picture dan Smart Downloads.

Dalam perkembangan lain, YouTube turut mengumumkan program baharu YouTube Labs, inisiatif baharu yang membolehkan pengguna mencuba eksperimen AI terkini di plaform itu. YouTube Labs boleh diakses melalui youtube.com/new untuk sebilangan kecil peserta di Amerika Syarikat.

Berkaitan

  • Usia 20 Tahun, YouTube Tampil Dengan UI Lebih Moden Dan Menarik
  • YouTube Mula Ketatkan Perkongsian Pelan Premium Family
  • Microsoft Edge Di Android Kini Boleh Mainkan YouTube Di Latar Belakang Tanpa Premium
  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY