Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Jadikan Google Sebagai Enjin Carian Lalai Pada Pelayar Edge

Microsoft Edge Di Android Kini Boleh Mainkan YouTube Di Latar Belakang Tanpa Premium

Diterbitkan September 3, 2025 · Dikemas kini September 3, 2025 oleh ariff bukhari

Microsoft kini sedang menguji ciri baharu pada pelayar Edge untuk Android yang membolehkan pengguna memainkan video di latar belakang tanpa memerlukan anda melanggan YouTube Premium.

Ciri memainkan video secara latar di peranti Android ketika ini memerlukan pengguna melanggan YouTube Premium.

Ciri ini mula diuji pada pelayar  Microsoft Edge Canary. Ciri ini boleh diaktifkan dengan menaip edge://flags di ruang alamat web.

Kemudian, anda buat carian Video Background Play dan pilih Enabled On by default in settings.

Pastikan anda Restart aplikasi pelayar tersebut untuk perubahan.

WhatsApp Image 2025-09-03 at 11.31.29
WhatsApp Image 2025-09-03 at 11.34.20
WhatsApp Image 2025-09-03 at 11.45.04
WhatsApp Image 2025-09-03 at 11.45.17

Selepas dihidupkan, video YouTube akan terus dimainkan walaupun anda menukar tab, membuka aplikasi lain, atau mengunci peranti.

Walaupun video tidak dipapar di skrin tapi audio tetap dimainkan. Jadi, ciri ini sangat berguna bagi mereka yang suka dengar muzik campuran (Mix) di YouTube.

Serius berjaya dengan penulis sudah pun mencubanya sendiri, Jadi, anda boleh mengujinya sendiri untuk merasai pengalaman premium ini.

WhatsApp Image 2025-09-03 at 13.07.17
Menariknya, video YouTube boleh diakses terus dari antaramuka hadapan peranti dengan anda boleh langkau muzik untuk mendengar lagu seterunya.

Jadi, jika ciri ini dibawa ke versi stabil Edge, pengguna Android berpotensi menikmati faedah seakan YouTube Premium secara percuma.

Menjadikan lebih menarik adalah Edge Canary turut menawarkan penyekat iklan terbina, termasuk untuk YouTube, menjadikan pengalaman menonton lebih lancar tanpa gangguan iklan.

WhatsApp Image 2025-09-03 at 11.51.41
Dari aplikasi pelayar ini, buka Settings > Site settings > Block ads.

Selamat mencuba.

Berkaitan

  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik
  • Astro Tawar Pek Hiburan Dengan Disney+ Hotstar, HBO Max - Bermula RM69.99/Bulan
  • YouTube Mula Ketatkan Perkongsian Pelan Premium Family

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY