Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Halang Penyekat Iklan, YouTube Berdepan Tuduhan Mengintip

Slot Iklan YouTube Kelak Akan Diletakkan Di Tempat Lebih Sesuai

Diterbitkan Februari 26, 2025 · Dikemas kini Februari 26, 2025 oleh Amalina Athman

YouTube baru-baru ini mengumumkan bahawa ia akan meningkatkan kualiti iklan mid-roll bermula 12 Mei 2025.

Mulai tarikh tersebut, iklan yang berpotensi mengganggu pengalaman tontonan akan dipindahkan ke titik rehat semula jadi.

Sebagai contoh, iklan yang muncul di tengah perbualan/ayat atau adegan aksi dianggap mengganggu, dan YouTube kelak akan menempatkan iklan tersebut pada saat yang lebih sesuai, seperti ketika video dihentikan seketika atau peralihan babak.

Bagi penonton, ini bermakna jumlah iklan yang dipaparkan tetap sama. Namun, slot iklan akan menjadi kurang mengganggu kerana ia tidak lagi muncul di tengah aksi atau perbualan.

Selain itu, YouTube juga akan mengemas kini video lama yang diterbitkan sebelum 24 Februari 2025 dengan menambah slot iklan automatik pada titik rehat semula jadi, khususnya untuk video yang mempunyai iklan mid-roll yang diletakkan secara manual.

Slot Iklan YouTube Kelak Akan Diletakkan Di Tempat Lebih Sesuai

 

Namun begitu, pencipta kandungan boleh memilih untuk tidak menerima perubahan ini dengan pergi ke tab “Earn” dalam YouTube Studio.

Slot Iklan YouTube Kelak Akan Diletakkan Di Tempat Lebih Sesuai

Sebagai tambahan, YouTube juga akan menunjukkan sama ada slot iklan mid-roll yang diletakkan secara manual dianggap mengganggu – membolehkan pencipta kandungan membuat perubahan dan meletakkannya ke slot yang lebih sesuai.

Slot Iklan YouTube Kelak Akan Diletakkan Di Tempat Lebih Sesuai

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • Pengguna YouTube Premium Kini Boleh Cuba 4 Ciri Baharu
  • Iklan YouTube Hingga 1 Jam Dan Tak Boleh Dilangkau? Ini Respons Google
  • YouTube 'Premium Lite' Dijangka Lancar Tidak Lama Lagi

Sumber: YouTube

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY