Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
YouTube Premium_wisermy

Pengguna YouTube Premium Kini Boleh Cuba 4 Ciri Baharu

Diterbitkan Januari 23, 2025 · Dikemas kini Januari 23, 2025 oleh Amalina Athman

Youtube kini memperkenalkan eksperimen dan ciri baharu, yang memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna untuk meningkatkan pengalaman penstriman kandungan kegemaran.

Seperti biasa, pengguna YouTube Premium diberikan akses awal untuk mencuba empat ciri baharu tersebut.

Audio berkualiti tinggi

Pengguna Premium kini boleh mengakses audio berkualiti tinggi 256kbps pada video muzik. Kualiti audio ini direka untuk memberikan lebih ketajaman dan kedalaman.

Pengguna YouTube Premium Kini Boleh Cuba 4 Ciri Baharu

Buat pengetahuan, YouTube Music sudah sedia menawarkan kualiti yang sama untuk pendengaran audio apabila pengguna menukar kepada “High” dalam tetapan kualiti audio.

Main balik pada kelajuan lebih pantas

Jika gemar menonton video dengan kelajuan main balik (playback) yang lebih tinggi, pengguna tidak lama lagi boleh menetapkan kelajuan sehingga 4x pada peranti mudah alih.

Seperti diketahui, pengguna YouTube ketika ini hanya mempunyai pilihan tetapan kelajuan main balik sehingga 2x.

Pengguna YouTube Premium Kini Boleh Cuba 4 Ciri Baharu

‘Picture-in-Picture’ untuk YouTube Shorts pada iOS

Pada peranti mudah alih, ciri picture-in-picture menjadi sangat berguna dalam keadaan di mana pengguna ingin menggunakan aplikasi lain – seperti membalas email atau menyemak sesuatu semasa video sedang dimainkan.

Salah satu eksperimen YouTube kini membolehkan pengguna memainkan YouTube Shorts dalam mod picture-in-picture pada peranti iOS – sebelum ini hanya ditawarkan untuk Android.

Pengguna YouTube Premium Kini Boleh Cuba 4 Ciri Baharu

‘Smart Downloads’ untuk YouTube Shorts

YouTube kini menambah pilihan untuk mengaktifkan Smart Downloads untuk Shorts pada iOS, yang sebelum ini hanya tersedia untuk pengguna Android.

Apabila mengaktifkan ciri ini, YouTube secara automatik akan memuat turun video yang mungkin menarik minat pengguna.

Pengguna YouTube Premium Kini Boleh Cuba 4 Ciri Baharu

Dengan cara ini, pengguna boleh menontonnya di luar talian tanpa sambungan internet.

Bermula hari ini, pengguna YouTube Premium boleh memilih untuk mencuba berbilang ciri percubaan secara sekali gus.

Untuk mencuba semua ciri yang tersedia, pergi ke bahagian profil, pilih “Your Premium benefits” dan tekan “Try experimental new features”. Atau lebih mudah, pergi sahaja ke pautan INI dan klik “Try it out” pada ciri yang ingin diuji.

Di sisi lain, YouTube juga meluaskan ciri premium seperti Ask Music dan Conversational AI ke lebih banyak negara dan platform.

Selain itu, YouTube Premium kini tersedia pada harga yang lebih rendah dengan langganan bersama pelan Google One Premium atau lebih tinggi, bermula di Amerika Syarikat.

Berkaitan

  • YouTube Premium Di Malaysia Naik Harga
  • Nak RM10 Percuma & Peluang Menang RM1 Juta? Ramai Terkejut Betapa Mudahnya MAE Ni!
  • Pengguna YouTube Kelak Boleh Balas Komen Guna Suara
  • Delta Air Lines Umum Akses Percuma YouTube Premium Dan Music Dalam Penerbangan
  • YouTube Music Tambah Ciri Baharu Pada Halaman Artis

Sumber: YouTube

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY