Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
YouTube Premium_wisermy

YouTube ‘Premium Lite’ Dijangka Lancar Tidak Lama Lagi

Diterbitkan Februari 21, 2025 oleh Amalina Athman

YouTube dilapor akan meneruskan rancangan untuk melancarkan versi langganan lebih mampu milik bagi perkhidmatan berbayarnya.

Menurut laporan Bloomberg, pakej baharu yang dikenali sebagai “Premium Lite” dijangka diumumkan tidak lama lagi untuk pengguna YouTube di Thailand, Australia, Jerman dan Amerika Syarikat.

Premium Lite disasarkan kepada pengguna yang lebih gemar menonton kandungan selain daripada video muzik, dengan menawarkan akses tanpa iklan kepada pelbagai podcast serta video panduan.

YouTube pernah menguji versi tanpa iklan bagi pelan Premium Lite di beberapa negara Eropah sejak 2021 sebelum membatalkannya pada 2023. Namun, pada Oktober lalu, syarikat itu mengesahkan bahawa mereka sedang menguji versi berbeza bagi Premium Lite.

Sekurang-kurangnya seorang pengguna melaporkan bahawa versi baharu itu masih memaparkan iklan dalam jumlah terhad.

Dalam satu kenyataan, jurucakap YouTube Paul Pennington berkata,

“Sebagai sebahagian daripada komitmen kami untuk memberikan lebih banyak pilihan dan fleksibiliti kepada pengguna, kami telah menguji penawaran baharu YouTube Premium dengan kebanyakan video bebas iklan di beberapa pasaran kami. Kami berharap dapat memperluaskan perkhidmatan ini kepada lebih ramai pengguna pada masa akan datang dengan sokongan rakan kerjasama kami.

Walau bagaimanapun, Pennington tidak mendedahkan harga langganan perkhidmatan itu atau tarikh pelancarannya.

Berkaitan

  • Ramai Tak Tahu Tawaran Eksklusif iPhone 16 di iTworld, Jangan Terlepas
  • Delta Air Lines Umum Akses Percuma YouTube Premium Dan Music Dalam Penerbangan
  • Pengguna YouTube Premium Kini Boleh Cuba 4 Ciri Baharu
  • Iklan YouTube Hingga 1 Jam Dan Tak Boleh Dilangkau? Ini Respons Google

Sumber: The Verge

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY