Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
YouTube_featured wiser

YouTube Perkenal Ciri AI Baharu – Naik Taraf Video Secara Automatik Ke Resolusi Lebih Tinggi

Diterbitkan Oktober 30, 2025 oleh Amalina Athman

YouTube akan menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menjadikan video beresolusi rendah kelihatan lebih baik apabila ditonton di TV, komputer atau telefon pintar, melalui ciri baharu yang dinamakan “Super Resolution”.

Jika sesuatu video mempunyai resolusi di bawah 1080p, YouTube akan mula menjana versi video dengan resolusi lebih tinggi secara automatik. Kualitinya akan dinaik taraf daripada SD ke HD, dan pada masa hadapan, akan menyokong resolusi sehingga 4K.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2025/10/30105659/YT-Super-Resolution.mp4

Namun begitu, pencipta kandungan masih mempunyai kawalan penuh terhadap koleksi video mereka, di mana fail serta resolusi asal video akan kekal tanpa perubahan, dengan pilihan untuk menolak peningkatan automatik ini.

Penonton juga boleh memilih untuk menonton video pada resolusi asal, dengan label “Super Resolution” akan dipaparkan dengan jelas dalam tetapan.

Dalam perkembangan lain, YouTube juga akan menaikkan had saiz fail thumbnail daripada 2MB kepada 50MB, bagi membolehkan pencipta kandungan menghasilkan dan memaparkan thumbnail 4K yang lebih jelas.

Selain itu, YouTube telah mula menguji muat naik video bersaiz lebih besar bersama beberapa pencipta terpilih bagi membolehkan kandungan dimuat naik dalam kualiti asal yang lebih tinggi.

Berkaitan

  • YouTube Ada Taktik Baru Tangani Pengguna Penyekat Iklan
  • Pertama Di Dunia, Ramai Terlepas Pandang Fungsi AI Dalam realme 15 Pro Ni
  • YouTube Premium Kini Dengan Audio Berkualiti Tinggi, Kelajuan Hingga 4x
  • YouTube Akan Hadkan Lebih Banyak Kandungan Permainan Dengan ‘Keganasan Grafik’

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY