Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Halang Penyekat Iklan, YouTube Berdepan Tuduhan Mengintip

YouTube Akan Hadkan Lebih Banyak Kandungan Permainan Dengan ‘Keganasan Grafik’

Diterbitkan Oktober 29, 2025 · Dikemas kini Oktober 29, 2025 oleh Amalina Athman

YouTube mengumumkan kemas kini pada garis panduan komuniti yang bertujuan mengehadkan tontonan terhadap kandungan permainan video yang memaparkan unsur “keganasan grafik”.

Bermula 17 November 2025, pengguna di bawah umur 18 tahun dan akaun yang tidak log masuk tidak lagi boleh menonton kandungan permainan video yang memaparkan watak manusia realistik dalam adegan keganasan besar-besaran terhadap orang awam atau penyeksaan.

YouTube menjelaskan bahawa pihaknya akan menilai beberapa faktor sama ada sesuatu video perlu dikenakan sekatan umur.

Ini termasuk tempoh adegan keganasan grafik sama ada ia berlaku dalam jangka masa lama atau seketika. Bagi video kompilasi, tempoh keseluruhan semua klip yang mengandungi unsur keganasan akan diambil kira.

Penilaian juga dibuat sekiranya imej keganasan menjadi fokus utama atau diperbesarkan dalam babak tertentu serta sama ada keganasan berlaku kepada karakter yang kelihatan seperti manusia sebenar.

Selain itu, YouTube turut mengemas kini garis panduan yang melibatkan perjudian dalam talian. Pencipta kandungan tidak lagi dibenarkan mengarahkan penonton ke laman atau aplikasi perjudian digital yang melibatkan barangan digital seperti kekulit (skin) permainan video, kosmetik atau NFT.

Kandungan sosial kasino juga bakal dikenakan sekatan umur bagi mengelakkan ia diakses oleh penonton bawah umur.

YouTube menjangkakan kebanyakan saluran tidak akan terkesan secara ketara. Namun, video sedia ada yang dimuat naik sebelum tarikh tersebut masih boleh dibuang atau dikenakan sekatan umur jika melanggar polisi baharu, walaupun saluran tidak akan menerima amaran atau strike.

Pencipta kandungan juga diberi peluang untuk melakukan suntingan seperti mengubah butiran video atau menggunakan alat trim dan blur bagi mematuhi garis panduan sebelum ia mula dikuatkuasakan.

Berkaitan

  • YouTube Guna AI Kesan Kanak-Kanak Di AS Menyamar Sebagai Dewasa
  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Google Perbaharui Play Store - Tab You, 'Guided Search', Gemini AI
  • YouTube Premium Kini Dengan Audio Berkualiti Tinggi, Kelajuan Hingga 4x

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY