Pengguna komputer yang menjalankan sistem operasi Windows menerima kemas kini penting di mana Microsoft melepaskan pakej kemas kini untuk ciri terbina keselamatan Windows Defender seperti Format Pengimejan Windows (WIM) dan VHD (Virtual Hard Disk).
Takrifan kemas kini tersebut menyokong barisan Windows berikut:
- Windows 11
- Windows 10 (Enterprise, Pro, dan Home editions)
- Windows Server 2022
- Windows Server 2019
- Windows Server 2016
Pakej kemas kini ini diperlukan kerana imej pemasangan Windows mungkin mengandungi definisi anti-malware dan penduaan perisian yang lama dan lapuk.
Selain daripada keselamatan yang lebih baik, kemas kini ini juga boleh memberikan faedah prestasi yang lebih baik dalam beberapa kes.
Microsoft telah menyampaikan definisi keselamatan terkini untuk imej Windows melalui kemas kini perisikan keselamatan versi 1.411.111.0.
Dalam dokumen sokongan Microsoft menerangkan:
“Jam pertama penggunaan Windows yang baru dipasang boleh menyebabkan sistem terdedah kerana jurang perlindungan Microsoft Defender. Ini kerana imej pemasangan OS mungkin mengandungi binari perisian anti persisian hasad yang sudah lapuk.” Microsoft.
Pakej ini mengemas kini klien anti perisian hasad, enjin anti perisian hasad dan versi tandatangan dalam imej pemasangan OS kepada versi berikut:
- Platform version: 4.18.24050.7
- Engine version: 1.1.24050.2
- Security intelligence version: 1.411.111.0
Untuk mengakses ciri keselamatan terbina dalam Windows adalah melalui Settings > Privacy & security > Windows Security > Open Windows Security.

Anda boleh dapatkan pakej pemasangan kemas kini Microsoft Defender untuk Windows dari pautan berikut: 32-bit | 64-bit | ARM64
Ketahui lebih lanjut tentang kemas kini ini dari laman Microsoft Support.
{suggest}