Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Halang Penyekat Iklan, YouTube Berdepan Tuduhan Mengintip

YouTube Kini Sekat ‘Background Play’ Percuma Di Pelayar Pihak Ketiga, Tapi Masih Ada Yang Pintasnya

Diterbitkan Februari 5, 2026 · Dikemas kini Februari 5, 2026 oleh Amalina Athman

YouTube mula menyekat pelayar mudah alih pihak ketiga daripada menggunakan ‘kelompangan’ untuk ciri main balik secara latar (background playback).

Menurut laporan Android Authority, Google memaklumkan bahawa ciri ini kini hanya boleh digunakan oleh pelanggan YouTube Premium melalui aplikasi rasmi iOS atau Android.

“Background playback ialah ciri yang direka eksklusif kepada ahli YouTube Premium. Walaupun sesetengah pengguna bukan Premium sebelum ini mungkin boleh mengaksesnya melalui pelayar web mudah alih dalam situasi tertentu, kami telah mengemas kini pengalaman ini bagi memastikan keseragaman merentasi semua platform kami,” kata jurucakap Google.

Sebelum ini, ramai pengguna menggunakan pelayar seperti Brave, Vivaldi, Edge dan beberapa pelayar lain untuk mengekalkan penggunaan ciri tersebut tanpa langganan.

Dengan kemas kini terbaru, cara itu sepatutnya tidak lagi berfungsi.

Namun, masih ada cara lain bagi sesetengah pengguna. Difahamkan, ada pengguna Firefox yang berjaya menukar tetapan pelayar bagi mengekalkan ciri ini. Malah, Brave turut mengemas kini pelayarnya untuk memintas sekatan terbaru Google, yang nampaknya memang berhasil buat masa ini untuk ciri picture-in-picture serta main balik secara latar.

Tidak diketahui sama ada YouTube akan menutup sepenuhnya jalan pintas ini pada masa hadapan. Bagi pengguna yang ingin terus memainkan lagu atau video secara latar tanpa gangguan, cara rasmi hanya melalui langganan YouTube Premium.

Berkaitan

  • YouTube Premium Kini Dengan Audio Berkualiti Tinggi, Kelajuan Hingga 4x
  • YouTube Perkenal Ciri AI Baharu - Naik Taraf Video Secara Automatik Ke Resolusi Lebih Tinggi
  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • Ibu Bapa Kini Boleh Kawal Had Masa YouTube Shorts Untuk Akaun Remaja
  • Penguna Bakal Boleh Cipta Versi AI Sendiri Di YouTube

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY