Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
YouTube_featured wiser

Ibu Bapa Kini Boleh Kawal Had Masa YouTube Shorts Untuk Akaun Remaja

Diterbitkan Januari 15, 2026 · Dikemas kini April 16, 2026 oleh Amalina Athman

Ibu bapa kini boleh mengawal tetapan had masa menatal (scrolling) Youtube Shorts untuk anak remaja mereka, dari 15 minit hingga dua jam, dengan pilihan sifar minit akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Menurut YouTube, kanak-kanak dan remaja tidak boleh mengubah atau mematikan tetapan had masa ini pada akaun mereka.

Ibu Bapa Kini Boleh Kawal Had Masa YouTube Shorts Untuk Akaun Remaja

Selain itu, ibu bapa yang mengurus akaun diselia (supervised accounts) boleh menetapkan peringatan Bedtime dan Take a Break secara tersuai, sebagai tambahan kepada perlindungan kesejahteraan sedia ada yang diaktifkan secara automatik untuk remaja.

Dalam beberapa minggu akan datang, YouTube juga bakal memperkenalkan halaman pendaftaran yang dikemas kini. Ia membolehkan ibu bapa membuat akaun baharu untuk kanak-kanak dan beralih antara akaun dengan mudah dalam aplikasi mudah alih, bergantung pada siapa yang sedang menonton.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2026/01/15102443/New_Accounts_Onboarding_8dgEqly.mp4

Ciri kawalan ibu bapa yang lebih luas ini selari dengan langkah serupa di platform media sosial lain, dengan tujuan memastikan akaun kanak-kanak lebih terkawal dan selamat.

Berkaitan

  • YouTube Akan Hadkan Lebih Banyak Kandungan Permainan Dengan ‘Keganasan Grafik’
  • YouTube Perkenal Ciri AI Baharu - Naik Taraf Video Secara Automatik Ke Resolusi Lebih Tinggi
  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
©2026 WISER.MY