Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Play New_1

Google Perbaharui Play Store – Tab You, ‘Guided Search’, Gemini AI

Diterbitkan September 24, 2025 · Dikemas kini September 24, 2025 oleh Amalina Athman

Google kini mengumumkan beberapa kemas kini penting pada Google Play Store, termasuk tab Apps yang direka semula, pengalaman baharu Play Games serta ciri-ciri lain yang menggunakan kecerdasan buatan Gemini AI.

Guided Search

Dengan Guided Search, pengguna boleh mencari aplikasi yang diperlukan dengan menaip idea berbanding nama aplikasi. Contohnya, taip “cari rumah” akan memaparkan aplikasi berkaitan yang disusun mengikut kategori.

Google Perbaharui Play Store – Tab You, ‘Guided Search’, Gemini AI

Tab Apps

Tab Apps di Play Store kini menampilkan ruang baharu yang dikhaskan untuk topik bermusim dan hiburan. Ruang ini memaparkan kandungan berkaitan aplikasi seperti media, artikel, dan maklumat terkini dalam Play.

Google Play New_2

Selain itu, ruang ini juga memaparkan topik terkini yang disesuaikan mengikut minat pengguna, dengan kandungan yang diambil daripada pelbagai aplikasi.

Tab You

Tab baharu “You” direka untuk menarik pengguna supaya lebih kerap berinteraksi dengan Play Store. Ia berfungsi sebagai pangkalan utama untuk menjejak langganan, ganjaran seperti Play Points, cadangan kandungan, statistik dan kemas kini.

Bagi pemain, tab ini menampilkan profil gamer baharu yang menyusun statistik dan pencapaian merentasi permainan dan peranti, serta kini boleh disesuaikan dengan avatar GenAI.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2025/09/24083902/GP_OO_D2_Gif_v01.mp4

Selain permainan, tab You juga menampilkan cadangan kandungan berdasarkan minat pengguna, seperti filem atau rancangan TV, podcast, e-buku, atau buku audio. Ia juga memudahkan pengguna menyambung semula apa yang sedang dibaca, didengar, atau ditonton.

Gemini AI & Sidekick

Tidak lama lagi, pengguna boleh menggunakan Gemini AI untuk mendapatkan bantuan dalam permainan mudah alih.

Dengan Sidekick, pemain boleh menerima bantuan perbualan masa nyata tanpa keluar dari permainan. Sidekick menggunakan perkongsian skrin Gemini Live untuk memahami konteks permainan dan memberikan panduan berkuasa AI, termasuk tips, trik dan sokongan lisan semasa bermain.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2025/09/24091116/GP_OO_C35_Gif_v02.mp4

Mulai bulan depan di pasaran terpilih, pemain juga boleh bertanya dan menjawab soalan mengenai sesuatu permainan terus di halaman maklumat permainan. Pemain juga boleh berkongsi tips dan mendapat jawapan terus daripada pemain lain.

Google Perbaharui Play Store – Tab You, ‘Guided Search’, Gemini AI

Integrasi permainan merentas peranti

Google Play Games untuk PC kini tersedia untuk semua pengguna, membolehkan pengalaman permainan merentas platform yang lebih lancar antara telefon pintar dan PC.

Google Perbaharui Play Store – Tab You, ‘Guided Search’, Gemini AI

Katalog Play Store menampilkan lebih 200,000 tajuk yang boleh dimainkan di telefon dan PC, termasuk Mecha Break, Subnautica, Monster Train, dan Enter the Gungeon.

Permainan Deep Rock Galactic Survivor akan hadir tidak lama lagi dengan pra-pendaftaran dibuka hari ini. Selain itu, permainan indie premium DREDGE akan menyertai katalog Play Pass pada akhir bulan ini.

Berkaitan

  • Mulai 15 Jun, Kad Hadiah Google Play Tidak Lagi Tersedia Di Malaysia
  • Ciri AI “Ask Play about this app” Kini Tiba Di Google Play Store
  • Pertama Di Dunia, Ramai Terlepas Pandang Fungsi AI Dalam realme 15 Pro Ni

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY