Yoodo kini menjadi salah satu penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang menyokong panggilan melalui Wi-Fi atau VoWiFi (voice over Wi-Fi).
Untuk yang belum maklum, fungsi ini membenarkan panggilan suara anda menggunakan rangkaian Wi-Fi selain selular 4G.
Ini bermakna anda boleh membuat atau menjawab panggilan suara yang berkualiti di mana-mana sahaja dengan sambungan WiFi, bergantung kepada kestabilan sambungan rangkaian WiFi tersebut.
Buat masa ini, hanya peranti Android sahaja yang menyokong VoWiFi Yoodo manakala iOS pula pada waktu akan datang, kata Yoodo.
Untuk mengaktifkannya, anda boleh cuba Settings > Mobile Network > Mobile Data > Hidupkan Wi-Fi Calling. Pastikan juga VoLTE juga turut diaktifkan.
Jika tidak jumpa, anda terus boleh cari “Wi-Fi Calling” dalam tetapan.
Untuk maklumat lanjut, lawati laman web Yoodo.
Beberapa bulan dulu, Celcom iaitu syarikat induk Yoodo juga telah sertakan sokongan fungsi VoWiFi pada rangkaian mereka.
Sumber: Yoodo
