Selalu kita lihat penjual di Shopee dan Lazada mengiklankan produk dengan ‘harga promosi’ seperti “RM199 RM159″, kononnya harga untuk masa terhad. Tapi, betulkah ia harga diskaun? Atau dinaikkan harga terlebih dahulu baru diskaun? Kita bongkar.
Ringkasnya, anda hanya perlu pasang extension bernama AliPrice Shopping Assistant melalui Chrome Web Store. Bukan saja pelayar Chrome, tapi Edge , Brave dan beberapa pelayar berasaskan Chromium juga boleh memanfaatkannya.
Untuk semak berapa banyak anda sudah berapa belanjakan di Shopee selama ini, ikut langkah INI.
Cara pasang extension penjejak harga Shopee/Lazada di pelayar
1. Buka Chrome Web Store Extension atau terus ke sini – https://chrome.google.com/webstore/detail/aliprice-shopping-assista/oanlehpljgeknlohgbakodejdbingjpj/related
2. Cari AliPrice Shopping Assistant for Shopee. Tekan ‘Add to Chrome’.
3. Tekan ‘Add extension’ apabila munculĀ pop-up.
Cara gunakannya semasa di Shopee atau Lazada
1. Di laman web Lazada atau Shopee, buka produk yang anda mahu.
2. Pada petak hitam di kiri bawah, tekan ‘Price’.
Di sinilah terbongkarnya harga sebenar produk itu dalam tempoh 3 bulan atau 6 bulan sebelumnya.
Dengan ini, anda dapat lihat graf harga yang dijual dan mengetahui apakah harganya sememangnya tinggi sebelum ini atau hanya helah penjual.
Contoh daripada produk sebenar
Contohnya, produk seperti di atas. Ketika artikel ini ditulis, ia dijual pada harga RM598, katanya diskaun 50%.
Oh ya, sedikit peringatan, AliPrice ini hanya dapat memberikan harga terkini 2 hari sebelum. Bermakna harga untuk semalam, tidak dipapar dalam graf.
Melalui semakan AliPrice Shopping Assistant, harga tertinggi produk ini pernah dijual sejak Mac ialah RM698. Dua hari lalu, ia dijual pada RM648.
Harga promosi sekarang pula, kali terakhir ialah ia dijual pada harga sama RM598 ialah 20 Ogos lepas.
Daripada graf ini juga kita dapat lihat harga tertinggi dalam masa 3 bulan ialah RM698 dan termurah pula RM598.
Sedangkan di harganya seperti dalam tangkap layar, terpapar harga dengan slash iaitu “RM1,198″ seolah-olah itulah harga asalnya.
Ini dapat membantu kita memahami corak perubahan harga produk serta perangai penjual lantas mengelakkan kita daripada menjadi mangsa “diskaun 50%” dan tipu daya lain.
Jadilah pengguna bijak.
{suggest}