Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
mizu paint 2

Cat Serap Karbon Dan Pantul Haba Ciptaan Penyelidik UTM Kini Menembus Pasaran Global

Diterbitkan November 17, 2026 · Dikemas kini November 17, 2026 oleh ariff bukhari

Kejayaan penyelidikan universiti dalam menghasilkan inovasi berimpak tinggi yang memberi manfaat kepada industri dan masyarakat semakin terserlah.

Ini terbukti melalui pencapaian ZetaTech Sdn. Bhd., sebuah syarikat pemula Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berasaskan teknologi yang diasaskan oleh Prof. Madya Ts. Dr. Rozzeta Dolah.

Menerusi produk utama mereka, Mizu 水 Paint™ , syarikat itu kini berjaya membawakan hasil penyelidikan nanoteknologi mereka daripada makmal, ke pasaran komersial.

Mizu 水 Paint™ bukan sekadar cat, tapi ia merupakan cat dengan inovasi yang memfokuskan alam sekitar di mana ia secara aktif mampu menyerap dan memerangkap karbon dioksida daripada atmosfera.

mizu paint
Dr. Rozzeta Dolah.

Dikuasakan oleh nanoteknologi terkini, Mizu 水 Paint™ mengubah permukaan biasa menjadi medium aktif yang mampu menyerap karbon.

Antara inovasi utama yang diperkenalkan pada cat ini ialah ZECOA™, sebuah platform nano aditif penangkapan karbon yang berupaya menyerap karbon dioksida (CO₂).

Malah ia turut berupaya memantulkan haba sekali gus meningkatkan penebatan terma.

Teknologi ini pula boleh digunakan dalam pelbagai sektor seperti pembinaan, automotif, industri pembuatan, cat dan salutan bangunan.

Cat Serap Karbon Dan Pantul Haba Ciptaan Penyelidik UTM Kini Menembus Pasaran Global
ZECOA™ adalah platform nano-aditif generasi terbaharu yang dibangunkan untuk menggabungkan fungsi penjerapan karbon dioksida, pemantulan haba, dan penebat haba.

ZECOA™ telah diperkenalkan kepada umum menerusi ZetaTech Global Innovation Showcase 2026 yang berlangsung sempena Sidang Kemuncak Pelaburan Penyelidikan dan Inovasi Universiti (URIIS) 2026 di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dalam acara tersebut, ZetaTech turut menandatangani memorandum persefahaman bersama NanoViz Group dan Euro-Circuit Technology (ECT) bagi memperluas kerjasama strategik serta pembangunan pasaran di mana mereka menyasarkan kapasiti pengeluaran sehingga 100,000 liter sebulan.

Pada masa yang sama JUGA, syarikat ini turut menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records bagi kategori Cat Penyerap Karbon Dioksida Pertama 2026.

Cat Serap Karbon Dan Pantul Haba Ciptaan Penyelidik UTM Kini Menembus Pasaran Global
Majlis menandatangani MoU tiga pihak antara Pengasas merangkap Pengarah Urusan Zetatech Sdn. Bhd., Dr. Rozzeta Dolah (tengah); bersama Pengasas merangkap Pengarah Urusan Euro-Circuit Technology (ECT) Sdn. Bhd., Noor Hisham Ab Hamid (kedua dari kanan); dan Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif NanoViz Group Sdn. Bhd., Christopher Nghia Do (kedua dari kiri).
Cat Serap Karbon Dan Pantul Haba Ciptaan Penyelidik UTM Kini Menembus Pasaran Global
Pengerusi Malaysian Technology Development Corporation (MTDC), Tan Sri Abd Rahman Mamat, melancarkan secara rasmi ZECOA™ – Bahan Tambah Nano Penangkapan Karbon.
Cat Serap Karbon Dan Pantul Haba Ciptaan Penyelidik UTM Kini Menembus Pasaran Global
Prof. Madya Ts. ChM Dr. Hjh. Rozzeta Dolah dengan pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR) yang dianugerahkan kepada MIZU PAINT™ atas pencapaian gelaran “Cat Pertama Penyerap Karbon Dioksida (CO₂) 2026”.

Teknologi ini merupakan kesinambungan kepada pembangunan MIZU PAINT™, iaitu salutan nano pelbagai fungsi yang direka untuk menyejukkan permukaan secara pasif, memantulkan haba dan menyerap karbon dioksida.

Produk tersebut telah pun digunakan pada beberapa bahagian lebuh raya di Malaysia termasuklah Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (PROLINTAS) di Lebuhraya Kajang Dispersal Link Expressway (SILK) dan Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA), meliputi kawasan seluas 7,330 meter persegi.

Cat Serap Karbon Dan Pantul Haba Ciptaan Penyelidik UTM Kini Menembus Pasaran Global
ZetaTech dan Euro-Circuit Technology kini menjalin hubungan dengan pihak berkepentingan dalam industri pembinaan Bahrain bagi meneroka kerjasama strategik serta peluang untuk berkembang ke dalam pasaran cat dan salutan di Bahrain.

Pencapaian yang dicapai ZetaTech ini disokong oleh pelbagai dana penyelidikan dan pengkomersialan.

Antaranya ialah Geran Fundamental Research Grant Scheme (FRGS) bernilai RM161,768 yang membantu penyelidikan berkaitan salutan nano berasaskan biomas boleh baharu untuk bangunan hijau.

Cat Serap Karbon Dan Pantul Haba Ciptaan Penyelidik UTM Kini Menembus Pasaran Global

Selain itu, syarikat ini turut menerima geran seabanyak RM500,000 menerusi Cradle Investment Programme (CIP) SPRINT bagi mempercepatkan proses pensijilan, pengesahan pasaran dan pengembangan komersial.

 

“Penyelidikan tidak seharusnya berakhir dengan penerbitan, keputusan makmal, atau geran penyelidikan. Cabaran sebenar ialah menterjemahkan penemuan saintifik kepada teknologi yang boleh diguna pakai oleh industri, dinilai oleh pasaran, dan memberi manfaat kepada masyarakat. Kami ingin membuktikan bahawa teknologi mendalam (deep technology) yang dibangunkan di Malaysia mampu bersaing serta mencipta nilai di persada global,” Prof. Madya Ts. Dr. Rozzeta Dolah.

Cat Serap Karbon Dan Pantul Haba Ciptaan Penyelidik UTM Kini Menembus Pasaran Global

Dengan sasaran pengembangan pengeluaran serta penyertaan dalam Climate Finance Accelerator Malaysia 2026, ZetaTech berada pada landasan yang kukuh untuk memperluaskan pengaruhnya ke peringkat global sambil menyokong agenda pembangunan mampan negara.

Pencapaian ZetaTech membuktikan bahawa penyelidikan universiti mampu diterjemahkan kepada produk berimpak tinggi yang memberi manfaat kepada industri dan masyarakat.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Penyelidik UMPSA Bangunkan Dron Berkuasa Roket Bagi Memintas Dron Penceroboh

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • HONOR Magic9 Pro Max Kini Boleh Ditempah Di Malaysia, Hadiah Bernilai RM5,006 Untuk Pembeli Awal
  • ChatGPT Kini Gantung Akses 24 Jam Jika Cuba Cari CSAM
  • Apple Didakwa Rancang Usia Usang Peranti Bagi Meningkatkan Jualan iPhone
  • GrabPay Bakal Tambah Sokongan DuitNow Transfer
  • Selepas Hampir 50 Tahun, Voyager 1 Akhirnya Capai Jarak Satu Hari Cahaya Dari Bumi
  • Samsung Wallet Bakal Sokong ShopeePay Di Malaysia
  • macOS 27.3 Akan Beri Pengguna Kawalan Lebih Terperinci Terhadap Akses Aplikasi
©2026 WISER.MY