Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
senarai 5 telefon rm1000 ogos

5 Telefon Terbaik Bawah RM1,000 Setakat Ogos 2022

Diterbitkan Ogos 9, 2022 · Dikemas kini Ogos 9, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Sedar tak sedar kita sudah berada dalam suku ketiga 2022. Terasa seperti baru semalam kita cuba menerima kenyataan ini. Seperti biasa, kami akan senaraikan peranti terbaik secara berkala khas untuk anda.

Setakat Ogos 2022, berikut ialah 5 telefon terbaik bawah RM1,000.

{snap}

1. realme 9

realme 9

Berharga RM999, ia dimuatkan dengan cip Snapdragon 680, RAM 6GB, storan dalaman 128GB serta skrin AMOLED 90Hz bersaiz 6.4 inci.

Tiga kamera di belakang ialah 108MP utama, 8MP sudut lebar dan 2MP makro. Kamera swafotonya pula setinggi 16MP (Sony IMX471).

realme 9 ini disertakan kuasa bateri sebesar 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas Dart Charge 33W

Beli di Shopee

{snap}

2. Redmi Note 11S 5G

redmi note 11s 5g

Dijual pada harga RM999, telefon dengan sokongan 5G ini dijana cip MediaTek Dimensity 810, RAM sebesar 6GB bersama storan 128GB.

Baterinya pula 5000mAh dengan kelajuan pengecasan 33W. Tiga lensa di belakang ialah  50MP utama, 8MP sudut lebar dan 2MP makro.

Paparannya pula hadir dengan skrin 6.6 inci FHD+ dengan kadar segar 90Hz dan input sentuh 240Hz serta liputan warna DCI-P3.

Beli di Lazada

Beli di Shopee

{snap}

3. Infinix Note 12

5 Telefon Terbaik Bawah RM1,000 Setakat Ogos 2022

Berharga RM869, telefon ini menggunakan cip MediaTek Helio G96 dengan padanan RAM 8GB bersama 256GB. Baterinya pula sebesar 5000mAh.

Kamera di belakang ialah 50MP dan 2MP manakala swafoto pula 16MP. Skrin AMOLED ditampilkan berukuran 6.7 inci beresolusi FHD+.

Selain itu, ia juga sokongan kelajuan pengecasan sehingga 33W. Satu lagi varian iaitu 6GB+128GB pula dijual pada harga RM769.

Beli di Lazada

Beli di Shopee

{snap}

4. Honor X8 5G

honor x8 5g

Didagang pada harga RM999, telefon ini dijana ‘enjin’  Snapdragon 480 plus dengan RAM sebesar 6GB dipadan storan 128GB.

Ia tampil dengan panel LCD bersaiz 6.5 inci dengan kadar segar 120Hz. Tiga kamera belakang ialah 64MP dan dua lensa 2MP.

Kamera swafoto pula 8MP. Baterinya berkapasiti 5000mAh dengan kelajuan maksimum 22.5W. Ya, ia menyokong 5G. Jangan keliru dengan HONOR X8.

Beli di Lazada

Beli di Shopee

{snap}

5. POCO M4 Pro

poco m4 pro
Harganya RM999 dan ia dijana MediaTek G96 dengan konfigurasi 6GB + 128GB. Kapasiti besar 5000mAh dan sokong pengecasan 33W.

Skrin yang digunakan bersaiz 6.43 inci jenis AMOLED FHD+, kadar segar semula 90Hz dan kadar input sentuh 180Hz.

Kamera di belakang ialah 64MP utama, 8MP sudut lebar dan 2MP makro. Swafoto pula 16MP.

Beli di Lazada

Beli di Shopee

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • [Perbandingan] Gambar Poco X3 NFC vs Redmi Note 9 Pro, Kamera 64MP
  • (Ulasan) realme 9 Pro+ Free Fire Edition - Tak Susah Nak 'Booyah'

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY